
Thursday, April 28, 2016
Semua Calon BN ‘Pasukan Adenan’ Terdiri Mereka Yang Berintegriti Tinggi – Abang Johari

KUCHING : Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
 (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata semua calon Barisan 
Nasional (BN) atau lebih dikenali sebagai ‘Pasukan Adenan’ yang akan 
bertanding pada Pilihan raya Negeri Sarawak pada 7 Mei ni terdiri 
daripada mereka yang berintegriti tinggi.
Katanya kesemua calon sama ada daripada parti komponen mahupun 
calon langsung BN telah ditapis termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan 
Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya percaya mereka yang telah dipilih akan memainkan 
peranan masing-masing untuk ‘Pasukan Adenan’ dan ia bukan hanya untuk 
menang tetapi bersama-sama membangunkan Sarawak,” katanya.
Mengenai parti pembangkang, Abang Johari yang akan mempertahankan 
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok mempertikaikan kemampuan mereka
 melaksanakan janji-janji dalam manifesto mereka kerana rakyat 
sendiri dapat melihat bagaimana mereka bertelagah sesama sendiri dalam 
soal pembahagian kerusi dalam pilihan raya negeri kali ini.
Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Perumahan dan Menteri 
Pelancongan Sarawak memberitahu Kerajaan negeri Sarawak mempunyai 
rancangan membina rumah berharga bawah RM300,000 bagi membantu golongan 
berpendapatan pertengahan memiliki rumah sendiri.
Beliau berkata cadangan tersebut adalah antara usaha BN Sarawak bagi membantu kelas pertengahan ini.
Katanya susulan harga rumah yang tinggi di kawasan bandar, maka ia 
memerlukan intervensi kerajaan negeri bagi membela nasib golongan ini 
untuk memiliki rumah. Usaha ini tambah beliau lagi adalah perlu kerana dasar yang sedia ada
 lebih tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki 
rumah.
“Kita sudah ada dasar untuk membina rumah kos rendah bagi 
golongan berpendapatan rendah tetapi untuk golongan berpendapatan 
pertengahan tidak ada,” katanya. Jelas beliau antara kaedah yang sedang difikirkan ialah menyediakan 
kemudahan pinjaman perumahan melalui institusi kewangan milik kerajaan 
untuk golongan ini.
Menurutnya, BN sentiasa komited memastikan pembangunan di 
Sarawak dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengabaikan mana-mana 
golongan rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment