
Tuesday, April 26, 2016
Pemuda UMNO Pulau Pinang Cabar Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terpalit 
dengan penyelewengan tanah Taman Manggis dicabar oleh Pemuda Umno Pulau 
Pinang untuk memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Komunikasi 
Strategi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendedahkan 
dokumen jual beli tanah Taman Manggis. 
"Guan Eng dilihat hanya aktif membalas segala tuduhan dan dakwaan 
melalui media sosial dan kenyataan media tetapi mengapa tiada tindakan 
saman? Kalau Guan Eng betul, maka tidak ada apa yang perlu ditakutkan. 
Berani kerana benar, takut kerana salah. Sila jadi anak jantan, jangan 
hanya berani berkokok di luar gelanggang," kata Ketua Pemuda Pulau 
Pinang, Rafizal Abdul Rahim.
Cabaran itu dibuat oleh Ketua Pemuda Pulau Pinang kerana Guan Eng yang 
merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang sering memusing fakta bagi 
menyelamatkan diri serta suka menyalahkan orang lain.
Lihat sajalah apa yang dilakukan Guan Eng ketika penyelewengannya mula 
didedahkan oleh pemimpin Barisan Nasional.... Orang ramai meminta Guan 
Eng untuk menjelaskan mengenai pendedahan ini dan memberi kerjasama 
kepada pihak berkuasa untuk siasatan dilakukan, tetapi Guan Eng boleh 
mengajak pemimpin Barisan Nasional tersebut untuk minum kopi bersama 
serta mengajak pengamal media ke rumahnya.
Tak tahu laa kenapa Guan Eng terfikir untuk mengajak pemimpin tersebut 
untuk minum kopi dan mengajak para pengamal media ke rumahnya.... Adakah
 dengan mengajak pemimpin tersebut minum kopi bersama dan para pengamal 
media akan membuktikan Guan Eng tidak bersalah dalam penyelewengan tanah
 Taman Manggis??
Bila pelawaan minum kopi itu ditolak dan penyelewengan Guan Eng 
berhubung tanah Taman Manggis terus didedahkan oleh Pengarah Komunikasi 
Strategi Barisan Nasional, Guan Eng mula mencabar untuk berdebat 
dengannya mengenai isu ini yang akan disiarkan secara langsung.
Bagaimanapun, cabaran debat itu terpaksa dihentikan atas arahan pihak 
berkuasa yang tidak mahu debat itu diteruskan kerana akan mengganggu 
siasatan berhubung kes ini... Arahan tersebut mengatakan debat perlu 
dibatalkan dan boleh diadakan selepas siasatan selesai.
Bila arahan telah dikeluarkan, Guan Eng mula menyelamatkan diri dengan 
mengatakan arahan itu dikeluarkan untuk menyelamatkan Rahman Dahlan dari
 debat ini, serta pembatalan debat ini jelas membuktikan Rahman Dahlan 
memfitnah dirinya berhubung isu tanah Taman Manggis.
Betul ke pembatalan debat ini menyelamatkan Rahman Dahlan?? Kalau Guan 
Eng mahu debat ini diadakan dengan kadar segera, Guan Eng perlu memberi 
kerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan dilakukan dengan 
segera... Tapi, Guan Eng sehingga hari ini masih tidak memberi kerjasama
 kepada pihak berkuasa dan tindakan Guan Eng itu melambatkan siasatan 
isu ini.
Oleh demikian, sekiranya Guan Eng merasakan pendedahan ini merupakan 
satu fitnah yang dibuat Rahman Dahlan kepadanya, Guan Eng dicabar untuk 
memfailkan saman terhadap Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional 
itu... Jangan hanya pandai membalas tuduhan melalui laman sosial dan 
kenyataan media... Ambil tindakan dengan menyaman Rahman Dahlan!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment