 
 Thursday, April 28, 2016
#PRNSarawak : Manifesto DAP, Rakyat Kena Tipu Di Siang Hari
EDITOR MENULIS...
28 APRIL 2016
Baca manifesto DAP untuk pilihanraya
 Sarawak yang dilancarkan semalam, gayanya tu macam dia boleh jadi 
kerajaan. Nak bagi pengangkutan awam percuma dengan belanja RM 500 
juta, nak tingkat peluang kerja, nak bagi tanah 20-30 ekar seorang untuk
 rakyat Sarawak dan sebagainya ni, hanya boleh dilakukan kalau DAP jadi 
kerajaan.
Tak tahulah kalau setakat jadi ADUN di 
31 kerusi boleh bagi pengangkutan percuma untuk seluruh rakyat Sarawak, 
dia nak korek mana RM 500 juta tu, derma elaun dan gaji ke?  
Maksudnya, 
kena jadi kerajaan jugaklah, tapi boleh ke DAP jadi kerajaan dengan 31 
kerusi (kalaulah menang semua sekali)?
Untuk jadi kerajaan di Sarawak kena ada 
42 kerusi (simple majoriti) banding DAP bertanding 31 kerusi, jadi 
manifesto ni untuk apa sebenarnya bila nak jadi kerajaan pun tak boleh?
Nampak lain benar DAP ni.  Tak pro rakyat takpe tapi jangan tipu rakyat.
Menang pilihanraya, jadi wakil rakyat 
dan sebagainya ni antara lain tujuannya untuk tolong rakyat, bukan tipu 
rakyat. Tak boleh cakap tak boleh, boleh cakap  boleh.  Ini dah terang 
tak boleh pun nak kata macam boleh juga, sakit apa?
Cakap ni bukan untuk DAP sajalah, untuk 
PKR pun. PKR, disebalik hanya bertanding 40 kerusi (6 bertanding sama 
sendiri dengan DAP), berjanji nak hapus GST. Dia nak hapus macam mana 
kalau GST ni undang-undang di peringkat parlimen? Apa Selangor dan 
Pulau Pinang dah hapus GST ke, tak payah bayar GST kalau pergi dua 
negeri tu?  Jangan tipulah kawan.
Tak faham betullah, pilihanraya ni 
masanya untuk tunjuk mampu tolong rakyat tapi DAP dengan PKR lain pulak 
pesennya, masing-masing berlumba-lumba nak tipu rakyat.  Apa dah jadi? 
Anehnya tu ada pulak yang sokong walaupun penipuan tu jelas dan nyata..
Entah, tak faham.
Disediakan oleh :
 
 
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment