Wednesday, April 27, 2016
Calon Melayu Tunggal DAP Di"perlekeh"???
KUCHING : Benarkah satu-satunya wakil Melayu DAP, Abdul Aziz 
Isa telah diperlekehkan apabila dia yang sepatutnya bertanding di kerusi
 Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan secara tiba-tiba ditukar di 
saat-saat akhir ke Batu Kitang?
Ini kerana DUN Stakan hanya melibatkan pertembungan satu lawan satu 
dengan Abdul Aziz jika dibenarkan bertanding, dia dikatakan memiliki 50 
peratus peluang untuk menang.
Kawasan DUN Batu Kitang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara 
calon BN, Lo Khere Chiang dari SUPP, Abdul Aziz, Voon Shiak Ni (PKR) dan
 dua lagi calon Bebas, Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng.
Dengan persaingan sengit itu, Abdul Aziz dipercayai hanya mempunyai 33.3 peratus peluang untuk menang.
Adakah mungkin Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen tidak memberi Abdul Aziz kerusi yang selesa?
Pertembungan satu lawan satu di DUN Stakan adalah antara Datuk Seri 
Mohamad Ali Mahmud dari BN dan wakil DAP, Leslie Ting Xiang Zhi.
Dikatakan tindakan DAP meletakkan Abdul Aziz di Batu Kitang sebagai 
tindak balas terhadap keputusan PKR Sarawak menurunkan calon parti 
berkenaan di kerusi-kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment