Thursday, April 28, 2016
Lagi Penduduk Kampung Melayu Pulau Pinang Bakal Diusir Kerajaan DAP
Sebelum ini kita kerap dengar yang banyak kampung-kampung
 di Pulau Pinang yang isinya adalah penduduk orang Melayu telah diusir 
dengan kejamnya oleh kerajaan DAP. Tujuan kerajaan DAPig ini usir 
kononnya sebagai pembangunan.... Nak bangunkan ekonomi la katanya! Untuk
 rakyat negeri Pulau Pinang juga DAP kata.
Nak bangunkan ekonomi sampai kena sapu lincin kampung orang Melayu kat 
Pulau Pinang tu, bukan setakat kampung je dorang sapu bersih. Ini sekali
 laut pun dorang nak tambak, punya gigih nak cari hasil dan kutip duit 
serta sapu lincin tanah-tanah kat sini.
Kali ini dengar kata penduduk kampung Tok Sani, Jalan Bagan Lalang, 
Butterworth pula yang menjadi mangsa dan bakal diusir. Eshhhh, 
tergamaknya kerajaan negeri nak halau kira-kira 20 rumah penduduk yang 
telah menetap selama 25 tahun disitu macam tu je.
Lebih menyedihkan, apabila penduduk kampung terbabit hanya diberikan 
notis 14 hari untuk mengosongkan rumah mereka. Sudah tu dorang tak 
diberi apa-apa pampasan pulak tu... Eshhhh, kesian betul kat mereka kan.
Tapi kalau sudah tanah tu bukan hak milik penduduk kampung situ nak buat
 macam mana kan... Mahu atau tidak, terpaksa la keluar jugak sebab tanah
 bukan milik anda. Tak kan nak buat hak persendirian pulak, cuma yang 
sentapnya bila penduduk kampung hanya diberikan notis 14 hari. Tak 
sempat nak cari tempat tinggal baru.
Walaupun kisah mereka ini telah diadukan kepada ADUN Sungai Puyu, Phee 
Boon Poh tapi sehingga kini langsung takde sebarang respon. Entah-entah 
dorang buat tak tahu je kan... Kesian penduduk kampung situ yang hilang 
punca dan terpaksa keluar jugak.
Apa yang menghairankan, kenapa kerajaan DAP hanya mengusir dan tertumpu 
kepada kampung Melayu sahaja?? Sedangkan pasti ada kampung Cina yang 
menumpang tanah di Pulau Pinang. Tapi dorang tak pulak diusir macam 
kampung Melayu ni... Pilih kasih nampak.
Kenapa kerajaan DAP tidak bertindak adil dan saksama, kenapa hanya 
kampung orang melayu sahaja yang jadi sasaran dan mangsa kerajaan DAP. 
Alasan yang mereka bagi katanya nak luaskan ekonomi, nak bangunkan 
kemajuan tapi kampung Cina mereka tak sentuh langsung!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment