Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan peluang kerjasama 
untuk berbaik-baik semula dengan DAP, berhubung krisis ‘salah faham’ 
mengenai  situasi di enam kerusi yang bertindih dengan DAP. 
Iyalah sebab 
masing-masing nak bertanding di enam kerusi terbabit, tak ke bertembung 
sesama sendiri nanti.
Ahli Biro Politik PKR, Mansor Othman berkata, masih ada jalan untuk 
mereka menjernihkan kembali keadaan sekiranya parti DAP bersedia untuk 
bertolak ansur dan mempunyai kemahuan untuk “memberi dan menerima”. Itu 
pun kalau DAP masih nak berpegang pada matlamat satu lawan satu antara 
Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
“Kita masih mempunyai peluang sebelum hari mengundi untuk memenuhi 
harapan rakyat supaya hanya ada pertandingan satu-lawan-satu dengan 
Barisan Nasional.
“Kita sentiasa bersedia untuk duduk berbincang, dan bersedia untuk terus
 memberi peluang kepada usaha ini, dalam semangat yang saksama, saling 
memberi dan menerima, demi matlamat yang lebih agung.
“Adakah rakan-rakan seperjuangan kita bersedia untuk melakukan yang sama?” soal Mansor.
PKR ni kononnya nak ikut seruan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar 
Ibrahim yang kat dalam penjara tapi sibuk nak ambil tahu pasal negara. 
Kononnya menyeru supaya PKR dan DAP kembali duduk satu meja dan 
berbincang demi kesepakatan mereka.
Persoalannya sekarang ini, mahukah DAP duduk berbincang?? Rasanya kalau berbincang dan keputusannya menguntungkan pihak DAP memang Cina 
kiasu tu mau sangat la, tapi kalau merugikan... Hahahah! Ingat DAP nak 
tengok saja?
“Saudara Azmin (Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali) menghubungi
 saudara Guan Eng (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) dan mencadangkan 
penyelesaian pertindihan 5 kerusi dengan 3 diserah kepada PKR manakala 2
 lagi kepada DAP untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.
“Akan tetapi saudara Guan Eng enggan mempertimbangkan sebarang jalan 
penyelesaian secara baik untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru,” 
jelas Mansor.
Haaaaa… Kan dah cakap tadi! DAP ni susah nak bertolak ansur  kalau 
mereka yang kena tanggung rugi! Jenis gila kuasa ni susah la nak bawa 
berbincang.. Hahaha! Sudah masing-masing tak nak mengalah, jadi kalian 
bertanding la sesama sendiri.. Hahaha! Pastinya akan menguntungkan 
Barisan Nasional nanti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
 
No comments:
Post a Comment