
Tuesday, April 26, 2016
Elak Politik Kebencian Dalam Kempen Di PRN Sarawak – Nancy

KUCHING : Politik kebencian perlu dielak dalam 
kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) kerana ia akan 
menjejaskan keharmonian dalam kalangan penduduk pelbagai bangsa dan kaum di negeri ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata modal 
politik seperti itu akan memberi kesan negatif kepada kemajuan rakyat 
dan pembangunan negeri ini.
Justeru, beliau berharap parti politik yang bertanding pada PRN-11 
tidak bersifat provokatif, mengamalkan budaya membunuh karaktor atau 
mencetuskan pergaduhan semata-mata mahu menghangatkan suasana berkempen.
“Tumpuan politik di Sarawak sekarang ialah politik pembangunan dan 
kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika ditemubual 
dalam rancangan Bernama Radio di sini hari ini.
Walaupun wujud fahaman politik berbeza, katanya, penyokong parti 
politik di sini tidak berbalah sesama mereka dan mempunyai misi dan 
wawasan yang sama untuk melihat Sarawak lebih maju.
“Sarawak masih jauh ketinggalan daripada segi kemudahan infrastruktur
 dan banyak sudah dan perlu dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional 
(BN) untuk negeri ini,” kata Anggota Parlimen Batang Sadong itu.
PRN-11 akan diadakan pada 7 Mei ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment