Thursday, April 28, 2016
Pembangkang Cuba Main Kotor di Miri.. #prnsarawak
MIRI : Calon BN N75 Senadin, Datuk Lee Kim Shin mendedahkan 
terdapat cubaan dari pihak pembangkang di Dun Piasau yg mengugut 
pengundi agar tidak keluar mengundi semasa hari pengundian pilihanraya 
negeri Sarawak.
Bercakap di satu sidang media di Pejabatnya hari ini, Lee menjelaskan 
ada juga laporan bahawa pihak yang tidak dikenali, cuba menyebarkan 
fitnah terhadap parti SUPP di Miri.
Fitnah dari individu tak bertanggungjawab tersebut mengatakan bahawa 
SUPP cuba membeli undi dengan menawarkan wang kepada pengundi di kawasan
 berkenaan.
Pejabat calon juga menerima beberapa panggilan yang melaporkan tentang 
ugutan ini dan percubaan untuk menawarkan wang kepada pengundi supaya 
tidak keluar mengundi.
Calon sudah memberi kerjasama kepada pihak polis dan juga pihak cawangan
 khas didalam usaha menjejaki serta menangkap pihak yang menyebarkan 
fitnah tersebut.
Lee juga menyeru masyarakat setempat serta pengundi khususnya dikawasan 
Dun Senadin agar tidak mempercayai khabar angin tersebut. Beliau juga 
mahu orang ramai berkerjasama dengan pihak Polis untuk menangkap 
individu yang suka menyebarkan fitnah. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment