
Thursday, April 28, 2016
Pakatan Pembangkang Di Sarawak Sangat Rapuh – NGO Pro BN

KOTA KINABALU : Pertembungan DAP dan PKR di 
enam kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini jelas
 menunjukkan kesepakatan parti pembangkang di negeri itu sangat rapuh, kata Presiden Pakatan Ngo Pro Barisan Nasional (BN) Zulkarnain Mahdar.
Beliau berkata DAP dan PKR juga didapati saling ‘menyerang’ antara satu sama lain dalam ceramah masing-masing ketika berkempen.
“Bagaimana mungkin mereka mahu membentuk sebuah kerajaan sedangkan 
perkara persefahaman sebagai asas gabungan sesuatu parti tidak diamalkan
 dengan sebaiknya oleh mereka.
“Rakyat sepatutnya sedar bahawa persefahaman antara DAP, PKR dan 
Parti Amanah Negara (Amanah) hanyalah retorik. Mereka sebenarnya cuma 
mahu mengelirukan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zulkarnain, kerapuhan parti pembangkang juga jelas di negeri 
yang mereka tadbir sekarang seperti Pulau Pinang dan Selangor apabila 
pakatan DAP, PKR dan PAS dibubarkan seterusnya membentuk pakatan baharu 
dinamakan pakatan harapan yang tidak disertai PAS.
Berbanding BN, katanya, walaupun BN bukanlah parti gabungan 
yang sempurna namun ia telah bertahan hampir 60 tahun dalam membangunkan
 Malaysia dan persefahaman antara semua anggota parti komponen itu 
adalah antara terbaik di dunia.
“Atas sebab inilah rakyat seharusnya terus menyokong BN. Jika 
mahu membandingkan BN dengan Pakatan Harapan ketika ini maka BN sudah 
tentu sebuah gabungan parti yang jauh lebih sempurna dan terbaik untuk 
rakyat,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment