
Tuesday, April 26, 2016
Jangan Heret Keluarga Mangsa Dalam Kempen Pilihan Raya – TPM

JULAU : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zaid 
Hamidi membidas parti pembangkang yang mengheret keluarga empat mangsa 
penculikan rakyat Sarawak dalam ceramah kempen pilihan raya negeri 
Sarawak.
Beliau berkata keluarga mangsa itu dijadikan modal politik dalam 
ceramah pembangkang dengan menggambarkan seolah-olah kerajaan tidak 
berbuat apa-apa untuk membebaskan tebusan itu.
“Pembangkang mengambil kesempatan terhadap isu ini. In bukanlah 
sesuatu yang sepatutnya dilakukan untuk menambah tekanan emosi keluarga 
mangsa,” katanya.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada 
pemberita selepas menghadiri program RELA bersama pemimpin di Rumah 
Panjang Margretta Tujang, Kerangan Buloh, di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan masih meneruskan rundingan dengan pihak 
berkuasa Filipina dan kumpulan militan terbabit untuk membebaskan mangsa
 penculikan itu.
Katanya insiden tersebut bukan merupakan bahan politik dan mana-mana 
parti politik tidak harus mengambil kesempatan daripada isu ini.
“Saya khuatir sebarang manipulasi yang tidak wajar boleh menjejaskan 
usaha kami dalam meneruskan rundingan untuk membebaskan mereka ini.
“Parti pembangkang harus dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang 
perkara yang tidak diingini terhadap mangsa,” kata sambil menambah 
keluarga mangsa perlu yakin dengan usaha kerajaan membawa pulang mangsa.
Pada 1 April lepas, empat anak kapal warga tempatan diculik 
sekumpulan lelaki bersenjata ketika kapal tunda yang mereka naiki sedang
 melalui berhampiran perairan Pulau Ligitan, Semporna, Sabah.
Kapal didaftarkan atas nama ‘Masfive 6’ itu dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment