 
 Thursday, April 28, 2016
Dakwaan Negara Bangkrap, Ekonomi Merudum Sekadar Lagu Lapuk Yang Diulang-Ulang
IPOH : Barisan NGO Negeri Perak mengecam tindakan pihak 
pembangkang yang berterusan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan dakwaan 
bahawa negara akan bangkrap, ekonomi bertambah teruk dan sebagainya, 
sedangkan hakikat sebenar ialah pertumbuhan ekonomi negara bertambah 
baik biarpun dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar hari ini.
Pengerusinya, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, tindakan 
pembangkang yang menyebarkan fitnah dan dakwaan yang tidak benar 
berhubung ekonomi negara bukan sahaja menimbulkan rasa khuatir di 
kalangan rakyat, tetapi lebih buruk apabila ia menyebabkan para pelabur 
luar merasa tidak yakin untuk melabur di negara ini.
 
 
“Bagi
 saya tindakan pembangkang seperti itulah yang merosakkan kesuburan 
ekonomi negara. Sejak sekian lama, mereka cuba timbulkan sangkaan dan 
persepsi kepada rakyat mahupun pelabur luar negara bahawa ekonomi 
Malaysia semakin teruk dan menggambarkan seolah-olah negara mahu 
bankrap.
“Isu  negara akan bankrap yang didendangkan oleh pembangkang ini 
bukan perkara baru, tetapi ianya sudah lama dinyanyikan oleh mereka, dan
 sehingga hari ini mereka masih menyanyikan lagu dan lirik yang sama, 
sedangkan fakta sebenarnya ialah ekonomi negara sedang mencatatkan 
penumbuhan yang baik biarpun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak 
menentu.
“Kita dapat lihat hari ini, ringgit yang dikatakan oleh pembangkang 
akan terus merosot teruk dan sukar untuk dipulihkan kononnya akibat 
ketidakstabilan politik, kini sudah kembali pulih dan mengukuh 
berbanding USD, mencapai tahap tertinggi 3.8650 pada 14 April lalu, 
sekaligus menjadikannya mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
“Malah badan-badan ekonomi dunia juga berpandangan ekonomi Malaysia 
berpotensi untuk terus berkembang malah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF)
 juga memuji kita kerana berjaya terus mengekalkan prestasi yang baik, 
di sebalik persekitaran ekonomi global yang  masih tidak menentu dengan 
perdagangan dunia yang lembap, gangguan ekonomi di China serta 
pengukuhan berterusan mata wang dolar Amerika Syarikat,”tegasnya kepada 
media di sini hari ini.
Beliau seterusnya menyeru rakyat di negara ini agar tidak mempercayai
 sebarang dakwaan yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan bertambah
 buruk seperti yang tersebar di dalam media sosial.
“Dakwaan pembangkang kebanyakkan meleset jauh daripada kebenaran 
apabila bercerita tentang ekonomi negara. Bukan hari ini, malah sudah 
bertahun-tahun mereka mengatakan Malaysia akan bangkap,malah mereka juga
  mendakwa tahun ekonomi negara pada 2016 akan menjadi lebih teruk, 
namun seperti biasa ternyata dakwaan mereka meleset.
“Begitu juga dengan dakwaan sesetengah pihak, ringgit hanya akan naik
 apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib meletakkan jawatan, namun apa
 yang berlaku adalah sebaliknya dan ia membuktikan bahawa apa yang 
didakwa oleh mereka itu hanyalah omong kosong dan tidak berpaksikan pada
 fakta sebenar.
“Jadi jelas terbukti apa yang mereka dakwa ternyata meleset sama 
sekali. Apa yang mereka lakukan itu hanyalah semata-mata bermotifkan 
politik untuk membina persepsi negatif terhadap kepimpinan negara demi 
kepentingan agenda politik mereka semata-mata,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment