Tuesday, April 26, 2016
Padan Muka Kau...Wartawan : Kertas Siasatan Dihantar ke Jabatan Peguam Negara
PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas 
siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung laporan seorang wartawan
 portal semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak yang dianggap  boleh 
mengganggu ketenteraman awam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengingatkan semua 
pihak termasuk pengamal media agar tidak menyentuh perkara sensitif 
terutama berkaitan isu agama dalam kempen tersebut.
"Kita sudah panggil dia dan berbincang dengan pihak Jabatan Peguam 
Negara tentang apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka. Ini bukan
 sahaja kepada pengamal media malah kepada semua pihak kerana isu agama 
merupakan perkara sensitif.
"Oleh kerana kamu hendakkan undi, kamu cuba mainkan isu. Saya perlu 
sebut kamu bermain dengan api, kami tidak akan benarkan," katanya pada 
sidang media selepas melancarkan pasukan Polis Bantuan Koperasi PDRM 
bersama ERM International Property Management, di sini, Selasa.
Pada Ahad lepas, polis Sarawak mengesahkan mereka telah membuka kertas 
siasatan terhadap seorang wartawan Malaysiakini berhubung laporan berita
 bertajuk 'Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak' yang 
dipetik di luar konteks ucapan Anggota Dewan Undangan Negeri Nangka, Dr 
Annuar Rapaee di Sibu.
Sebanyak enam laporan diterima di Sibu berhubung laporan berita Malaysiakini itu.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihak polis masih menjalankan 
siasatan bagi mengesan dua suspek yang dikatakan anggota polis yang 
memeras wang daripada seorang pelajar sekolah seperti yang tersebar di 
dalam video berdurasi 51 saat.
Beliau berkata setakat ini pihaknya menemui kesukaran menjejaki suspek 
dan mangsa yang terlibat memandangkan mangsa tiada membuat laporan 
polis.
"Kita telah buat semakan. Kita masih belum berjaya kesan dan saya 
percaya suspek bukannya anggota polis. Kalau perbuatan anggota polis, 
kita boleh kesan dengan cepat.
"Namun saya tidak mahu buat tuduhan lain pula, biar kita teruskan kepada
 badan-badan beruniform yang lain termasuk polis bantuan, kadet sekolah 
atau sukarelawan polis siswa/siswi (SUKSIS) dan kita buat siasatan 
menyeluruh," katanya. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment