 
 Tuesday, April 26, 2016
DAP Yang Patut Diubah, Bukan Sarawak – Zein Isma
SUBANG : Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma 
berkata, slogan Ubah Sarawak yang dilaungkan Dap itu sepatutnya ditukar 
kepada slogan Ubah Dap memandangkan kepimpinan Dap hari ini terpalit 
dengan isu-isu rasuah, ketidaktelusan dalam pentadbiran kerajaan dan 
parti, dan beberapa isu yang masih lagi tidak terjawab sehingga ke hari 
ini.
Menurut beliau, isu demi isu yang terpalit kepada parti tersebut 
memperlihatkan bahawa yang perlu diubah adalah Dap dan bukannya pihak 
lain.
“Dap mahu Ubah Sarawak sedangkan mereka tidak sedar bahawa merekalah 
yang patut diubah. Rakyat tidak lupa dengan pelbagai dakwaan yang tidak 
dijawab oleh kepimpinan Dap seperti isu pendedahan Naib Presiden Dap, 
Tunku Aziz Ibrahim yang mendakwa kepimpinan Dap cuba menyogoknya agar 
tutup mulut dan tidak keluar parti.
 
 
“Begitu
 juga dalam soal ketelusan pentadbiran parti mereka apabila isu 
pemilihan CEC masih lagi tidak selesai di mana seramai lebih 700 ahli 
Dap membuat laporan kepada ROS kerana dinafikan hak mereka untuk 
mengundi.
“Hingga kini kita masih sangsi apakah jawatan yang dipegang oleh 
jawatankuasa pusat itu sah atau tidak? Setakat ini tidak ada sebarang 
kenyataan rasmi dari pihak Dap dan ROS berhubung isu ini.
“Itu belum lagi soal pendedahan pegawai khas Guan Eng, Razali Abdul 
Rahman yang mendedahkan 15 perkara agenda sulit Dap di negara ini 
termasuklah dakwaan menerima dana pilihanraya sebanyak RM 1.2 bilion 
dari Israel. Setakat ini tidak ada sebarang kenyataan dari pihak Dap 
untuk menafikan perkara ini.
“Banyak lagi isu kalau kita nak cerita satu-persatu tetapi 
kesimpulannya di sini ialah Dap sendiri perlu diubah sebelum mereka nak 
ubah pihak lain,”tegasnya kepada media di sini hari ini.
Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang seterusnya 
melontarkan keyakinan dan harapan yang tinggi bahawa rakyat di Sarawak 
akan terus memberikan sokongan terhadap Barisan Nasional, memandangkan 
reputasi BN dalam membangunkan negeri itu telah terbukti di mata rakyat.
“Dengan kesungguhan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak 
yang telah lebih 50 kali berkunjung ke Sarawak untuk menyelami 
permasalahan rakyat di sana, di situ sudah terbukti di mata rakyat 
Sarawak bahawa PM benar-benar komited untuk terus membangunkan negeri 
tersebut.
“Demikian juga dengan sikap kepimpinan BN khususnya Ketua Menterinya,
 Adnan Satem yang begitu popular di kalangan rakyat bukan hanya kerana 
agenda pembangunan yang dilakukan olehnya di Sarawak, tetapi sikapnya 
yang low profile serta tegas juga merupakan antara faktor beliau 
dihormati oleh rakyat di negeri itu.
“Saya berkeyakinan bahawa rakyat di Sarawak tidak akan terpengaruh 
dengan provokasi dan muslihat kempen pembangkang yang hanya tahu menabur
 janji kosong.
“Pentadbiran Dap di Pulau Pinang sudah cukup untuk menjadi contoh 
buat mereka. InsyaAllah rakyat akan terus menyokong BN kerana kita tidak
 retorik dalam kata-kata tidak seperti pihak pembangkang yang lebih 
politiking daripada membantu rakyat,”ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment