Thursday, April 28, 2016
Tak Boleh Dipercayai.... DAP Bentang Manifesto 10 Janji
KUCHING : DAP membentangkan 10 janji kepada rakyat Sarawak dalam 
manifestonya yang bertemakan Berani Ubah, Perkongsian Kekayaan Demi 
Rakyat bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).
Antara janjinya ialah menawarkan perkhidmatan bas awam percuma di bandar
 utama seperti Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu selain menambah bilangan 
bas hingga tiga kali ganda.
Turut disenaraikan ialah janji untuk melaksanakan perkongsian sumber 
hutan yang adil, perkongsian tanah oleh semua, mencipta peluang 
pekerjaan dan memperbaiki liputan internet.
Selain itu DAP turut menjanjikan usaha menambah baik keselamatan, 
ketelusan dalam urus tadbir, perkhidmatan awam berbilang kaum, autonomi 
percukaian dan autonomi pendidikan.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, mendakwa manifesto parti itu 
lebih jelas dan tertumpu berbanding manifesto Barisan Nasional (BN) yang
 disifatkannya sebagai terlalu umum.
"Walaupun ada beberapa dasar populis diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri 
Adenan Satem baru-baru ini, beliau tidak melaksanakan penambahbaikan dan
 tidak melakukan perubahan dalam sistem," katanya ketika mengumumkan 
manifesto DAP, di sini, sebentar tadi. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment