
Thursday, April 28, 2016
PAN Akan Ganggu Semua Kerusi PAS Pada PRU14

Pas dalam satu kenyataan meramalkan Parti Amanah Negara 
(PAN), bakal mengganggu kesemua kerusi milik Pas ekoran tindakan PAN 
dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak meletakkan calonnya di kawasan 
Pas bertanding.
Dalam PRN Sarawak, Pas telah mencalonkan 11 wakil untuk bertanding 
kerusi DUN... Namun, dalam 11 kerusi yang dicalonkan Pas itu, PAN telah 
meletakkan 5 calonnya dalam kerusi yang sama ditandingi Pas... Calon PAN
 dan Pas akan bertembung di lima kerusi sama iaitu, di DUN Samariang, 
Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
Menurut Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, tindakan PAN
 meletakkan calonnya di kawasan Pas dalam PRN Sarawak kali ini sudah 
dijangkakan, dan tindakan itu jelas satu petanda mereka akan mengganggu 
kerusi Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kita sudah tahu Amanah akan meletakkan calon di tempat Pas bertanding. 
Ia adalah gambaran awal untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang
 bahawa Amanah akan bertanding di kawasan-kawasan Pas," kata Nik Abduh.
Mesti anda semua hairankan kenapa PAN mencalonkan wakilnya dikawasan Pas?? 
Jawapannya senang saja... PKR dan DAP memang tak mahu melepaskan kerusi 
yang diidamkan mereka kepada PAN... PKR dan DAP pun tahu, kalau bagi 
satu kerusi kepada PAN ianya jelas satu kerugian buat mereka.... PAN 
bukannya ada sokongan kuat macam Pas.
Lagipun, PKR dan DAP pun berebut-rebut mahu bertanding di kerusi DUN 
Sarawak.... Sampaikan 5 kerusi PKR dan DAP bertembung sesama sendiri... 
Nama je rakan sekutu, tapi tak reti nak agihkan kerusi dengan adil dan 
tolak-ansur.... Nasib baik Pas dah keluar dari gabungan Pakatan Harapan 
yang bakal hancur sedikit masa lagi.
So, bila PAN tak diberikan kerusi dan peluang oleh PKR dan DAP... Maka, 
PAN hanya mempunyai pilihan untuk bertanding di kawasan yang ditandingi 
Pas... Kalau PAN bertanding di kawasan PKR atau DAP... Alamatnya, PAN 
memang nak kena tendang dengan DAP dan PKR laa.
Dalam masa sama, Nik Abduh berkata walaupun kerusi ditandingi Pas 
diganggu oleh PAN, Pas tidak menganggap ia sebagai satu masalah yang 
besar dan Pas telah bersedia untuk menewaskan calon-calon PAN.
"Walaupun ada pertembungan dengan PAN, tapi kita tidak anggap ia sebagai isu besar," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment