 
 Tuesday, April 26, 2016
#PRN Sarawak 2016 : Guan Eng Tidak Layak Kecam KM Sarawak
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau 
Pinang, Lim Guan Eng, beliau mendesak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri 
Haji Adenan Satem untuk menarik balik sekatan yang dikenakan keatas 
beberapa pemimpin pembangkang yang disekat kemasukannya ke Sarawak.
Beliau dilaporkan berkata, Kerajaan negeri Sarawak dilihat 
seolah-olah sengaja menyalah gunakan kuasa yang ada pada kerajaan negeri
 untuk menghalang kemasukan mana-mana pemimpin pembangkang ke Sarawak.
 
 
Dakwa
 beliau lagi, ia seolah-olah menyekat kebebasan berpolitik dan tidak 
menghormati prinsip demokrasi yang sepatutnya diamalkan di Malaysia.
Dalam hal ini, Lim Guan Eng sebenarnya tidak ada hak dan sebab untuk 
menyuarakan tentang isu salah guna kuasa. Ini kerana, Guan Eng sendiri 
berhadapan dengan banyak pertuduhan salah guna kuasa yang dilakukan 
olehnya sejak mengetuai kerajaan negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008.
Malah, beliau sendiri juga masih disiasat oleh SPRM berhubung banyak 
salah laku penyelewengan tanah yang dilakukan oleh beliau seperti 
skandal banglo di Jalan Pinhorn, penyelewengan Taman Manggis dan banyak 
lagi.
Adakah sesuai bagi seorang yang sedang disiasat oleh SPRM dan PDRM 
bercakap mengenai penyalah gunaan kuasa dan mempertikaikan kuasa orang 
lain?
Guan Eng harus
 cermin diri dahulu sebelum membicarakan hak bersuara kerana dia sendiri
 bertindak menyekat sebarang kritikan terhadap corak kepimpinannya di 
Pulau Pinang.
Malah Guan Eng juga dilihat antara individu yang anti kebebasan 
bersuara tetapi dia sendiri bebas untuk menghentam sesiapa sahaja yang 
dia suka.
Justeru, paling mudah, Guan Eng harus memberi tumpuan terlebih dahulu
 terhadap siasatan yang dilakukan keatasnya dari membicarakan tentang 
negeri orang lain.
Sarawak bukan seperti Pulau Pinang yang sentiasa membuka pintu kepada
 imigran asing seperti dari China untuk menjadi warganya. Sarawak 
mempunyai undang-undangnya yang tersendiri untuk menjaga kebajikan dan 
keharmonian pelbagai kaum di Sarawak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment