Thursday, April 28, 2016
Pas Punca Kemelut Politik Terengganu Berlaku?
Krisis politik yang berlaku di negeri Terengganu sekarang
 ni dikatakan berlaku disebabkan parti Islam Pas. Iyakah semuanya 
berpunca daripada Pas?? Perkara ini dinyatakan sendiri oleh ahli Amanah 
Terengganu.
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul 
Bahrin Shah Ahmad berkata, kemelut yang melanda negeri Darul Iman 
tersebut adalah berpunca daripada Pas yang enggan untuk menyokong usul 
undi tidak percaya yang dikemukakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri 
Ahmad Said di Dewan Undangan Negeri (DUN), awal bulan lalu.
Seandainya Pas mahu menyokong usul tersebut, maka kemelut yang melanda 
Menteri Besar Terengganu tidak akan berlarutan. Bahkan tidak akan 
menjadi seteruk ini sehingga memaksa pihak Istana Terengganu menarik 
balik darjah kebesaran terhadap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif 
Abdul Rahman.
“Persoalannya, kenapa baru sekarang ketua pembangkang bersiap sedia, 
kononnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri? Adakah sekadar menumpang 
di atas masalah pihak lain?? Melainkan UMNO Terengganu bergolak hebat 
semula, itulah situasi semasa.
“Jika hendak bertindak, sepatutnya semasa usul undi tidak percaya 
dahulu. Memang diakui UMNO bermasalah di peringkat pusat, dengan masalah
 yang dihadapi Najib, timbalan dan Naib Presiden UMNO serta bekas 
Perdana Menteri, Tun Mahathir dan pengikut-pengikut mereka.
“Masalah di Pusat sudah tentu akan menjejaskan kedudukan Menteri Besar Terengganu yang dipilih oleh Najib,” katanya.
Tambah Raja Kamarul, tindakan menukar MB Terengganu langsung tidak akan 
menyelesaikan sebarang masalah. Keputusan menggantikan Razif dengan 
pengganti dari kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) langsung tidak 
akan meredakan kemelut yang melanda negeri Penyu itu.
Menurutnya, selagi kepincangan yang berlaku dalam UMNO di peringkat 
pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berakhir 
maka politik Terengganu akan terus bergolak.
Sebenarnya yang bermasalah tu diri mereka sendiri, sebab tak senang 
duduk tengok kepimpinan Najib. Korang nak menjayakan agenda kalian untuk
 menjatuhkan Najib dan terdesak untuk mendapatkan sokongan dari Pas
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment