
Tuesday, April 26, 2016
Mesyuarat Exco Terengganu Berjalan Seperti Biasa Dipengerusikan Ahmad Razif

KUALA TERENGGANU : Mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri 
Terengganu berjalan seperti biasa pagi ini di Wisma Darul Iman dengan 
dipengerusikan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.
Tinjauan media mendapati kesemua barisan Exco hadir pada mesyuarat itu.
Ahmad Razif tiba di Wisma Darul Iman  dengan kenderaan rasminya pada kira-kira 9.25 pagi. 
Beliau yang memakai kemeja berwarna putih dan tali leher berwarna 
biru kelihatan ceria dan turut menyapa wartawan yang menunggu sejak 8.30
 pagi. 
Beliau kemudiannya masuk ke bilik mesyuarat bersama-sama semua 
sembilan Exco bagi mengadakan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah 
kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 
April, dan perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan 
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan 
Terengganu kepada media pada Isnin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment