 
 Monday, March 28, 2016
Bincang Segera Tindakan Terhadap Anggota UMNO Terlibat ‘Deklarasi Mahathir’ – Musa
KOTA KINABALU : UMNO Sabah hari ini mengemukakan usul supaya 
Majlis Tertinggi parti bersidang segera bagi membincangkan tindakantegas
 yang wajar diambil terhadap pemimpin dan anggota terlibat dalam gerakan
 ‘Deklarasi Mahathir’.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata 
ini termasuk menentukan tindakan sewajarnya terhadap anggota yang 
terlibat dalam mana-mana gerakan atau aktiviti membelakangkan 
kepentingan parti dan kerajaan.
“UMNO Sabah menggesa tindakan tegas diambil terhadap dalang gerakan 
‘Deklarasi Mahathir’ yang mengancam sistem demokrasi berparlimen 
dan boleh mengakibatkan implikasi negatif terhadap kestabilan politik, 
keharmonian dan ketenteraman awam,” katanya.
 
 
Musa
 yang juga Ketua Menteri berkata demikian kepada pemberita 
selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah yang 
turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh 
Said Keruak di sini.
Mesyuarat itu antara lain membincangkan isu ‘Deklarasi Mahathir’ yang
 dibawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama 
pemimpin pembangkang serta turut disertai beberapa anggota UMNO.
Musa berkata UMNO Sabah membantah dan menolak sekeras-kerasnya 
gerakan itu kerana mempunyai motif menjatuhkan Perdana Menteri Datuk 
Seri Najib Tun Razak, dan ini jelas bertentangan dengan amalan demokrasi
 negara.
“UMNO Sabah sebulat suara menzahirkan ikrar dan sokongan 
tidak berbelah bahagi kepada Najib yang juga Presiden UMNO untuk terus 
menerajui kepimpinan negara,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment