Sunday, March 27, 2016
Politik Nyanyuk: Dah Kuli Pulak Yang Kena!!
Sejak dipecat kabinet dari jawatan itu minggu sudah, tidak ada apa logik
 dibuat Mahathir melainkan merapu belaka.  Setelah cuba meremehkan 
institusi kehakiman di negara ini dengan saman takmasuk akal ke atas 
Perdana Menteri kelmarin, Mahathir hari ini mendakwa Tengku Razaleigh 
(Kuli) sebagai orang yang mencadang agar diadakan undi tidak percaya 
terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dah berapa lama sejak rancangan itu (undi tak percaya) gagal, baru 
sekarang nak sentuh nama Kuli?  Sebab itu penulis kata kena pecat dari 
Petronas ini ada beri kesan psikologi kepada Mahathir, dahlah dalam 
keeadaan umur sekarang, sikit sikit hilang kewarasan itu dilihat sebagai
 biasa.
Kejayaan Deklarasi Kelantan dokongan Kuli yang dikatakan punca Mahathir 
mula menyerang Kuli itu hanyalah alasan.  Nak tutup Deklarasi Rakyatnya 
yang bukan saja gagal, malah takde momentum.
Lagipun apa nak hairan orang berubah pendirian, bukankah Mahathir suka 
macam itu?  Mahathir suka Muhyiddin dari sokong Najib kepada tidak 
sokong Najib, tapi tak suka bila Kuli pilih untuk sokong Najib 
berbanding dia?  Kenyanyukkan apakah ini?
Rakyat dah bosan sebenarnya dengan permainan politik Mahathir 
pembangkang ni.  Dah tiba masa untuk move forward.  Nak ikut cakap 
Mahathir, apa dan bila yang semuanya jadi betul?  Sampai anak dia dapat 
jadi Perdana Menteri sajalah kot. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment