 
 Monday, March 28, 2016
Banglo Diskaun: Boleh Pulak Hidup Dengan Statement Bodoh DAP Ya?
EDITOR MENULIS...
28 MAC 2016
Semenjak kontroversi banglo diskaun Lim 
Guan Eng ini mula didedahkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk 
Shahbudin Yahya, dah banyak kenyataan bodoh/bercanggah dikeluarkan 
pemimpin-pemimpin DAP termasuk Guan Eng sendiri.
Kejap kata tak tahu nilai rumah, 
kemudian kata tahu pulak.  Ada seorang tu pulak kata rumah itu feng shui
 tak baik lepas tu merata telefon wartawan kata kenyataan itu dah 
dipetik di luar konteks (walhal semua tahu dia memang cakap macam itu)!!
Awal pada itu konon rumah murah sebab 
takde kolam renang, satu malam saja kena troll lepas buat kenyataan tu, 
langsung tak sebut lagi dah. Paling kelakar, yang salahkan BN, dengan 
macam mana BN terlibat dalam urusan jual beli rumah tu?
Tapi yang menarik, boleh pulak penyokong
 pembangkang ni hidup dengan kenyataan kenyataan bodoh macam tu? Jangan
 kalau Menteri BN cakap dan kemudian di spin, yang spin tu nanti 
dijadikan sebab untuk maki menteri, kononnya tak cerdik, Cerdik tak 
cerdik, dia menteri lah jugak, yang kau apa?
Isu lain lah tu tapi sekarang dengan 
pelbagai kenyataan bercanggah dikeluarkan masing-masing orang DAP dalam 
satu isu ni saja, kenapa tak ada seorang pun balaci yang nak troll 
percanggahan ini semua?  Kutuklah, makilah, apa senyap?
Justeru saya nak sebutlah ni, semua 
troll dan maki hamun kenyataan Menteri sebelum ini, hanyalah mainan 
politik pembangkang (termasuk DAP)) saja, bukan betul betul Menteri yang
 kita ada sekarang ni bodoh pun.
Yang bodoh sebenarnya mereka, buktinya 
dalam satu isu ini saja pun, dah banyak kenyataan bodoh dikeluarkan dah.
  Itu baru satu, ada banyak lagi lepas ni bakal terbongkar rasannya, tak
 tak tahu apa benda bodoh lagi nak keluar...
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh : 
 
 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment