
Monday, March 28, 2016
Pakatan Harapan Malukan 3M Dalam Kongres Rakyat

Kesian betul kita tengok Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz 
Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kongres Rakyat 2016 yang 
berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) semalam.
Macam manalah kita tak kesian... Konon bersama pembangkang bagi mendesak 
Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri boleh dapat 
title 'superhero', tapi pembangkang boleh pula basuh '3M' ni dalam 
program terbabit.
Yang paling kesian bekas Perdana Menteri yang berkhidmat 22 tahun tu... 
Asyik kena tembak je dengan pemimpin pembangkang yang berucap dalam 
program tersebut.
Pemimpin pembangkang asyik sebut kezaliman yang dilakukan Mahathir 
terhadap mereka... 
Sampaikan orang ramai dan pengamal media semua 
menumpukan kepada Mahathir, yang kelihatan 'makan dalam' dan tidak 
senang duduk dengan ucapan pemimpin pembangkang.
"Saya rasa nervous berceramah di hadapan bekas Perdana Menteri yang 
berkuasa lebih 22 tahun (Mahathir). Dua kali saya ditahan di bawah ISA, 
di bawah rejim Tun Mahathir Mohamad," kata Presiden PAN, Mohamed Sabu.
"Saya pernah digari, ditahan di penjara dan dipukul oleh enam orang 
anggota polis dan pada ketika itu, Tun Mahathir memegang  jawatan 
sebagai Menteri Dalam Negeri," kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri 
Mohamed Azmin.
Padan muka Mahathir!! Baru dia tau pemimpin pembangkang macam mana.. 
Ingat pemimpin pembangkang senang-senang je nak maafkan kezaliman 
Mahathir dulu??
Sekarang ambil laa Mahathir... Tak pasal-pasal dimalukan pembangkang 
dalam program yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia.. Hahaha...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment