Monday, March 28, 2016
Bahayanya Orang Seperti Ini Menjadi Presiden US..... Trump Ancam Mahu Boikot Minyak Arab Saudi
Pendahulu calon Presiden dari Parti Republikan, Donald Trump berkata 
beliau akan mempertimbangkan supaya Amerika Syarikat (AS) menghentikan 
pembelian minyak daripada Arab Saudi melainkan negara itu menyediakan 
tentera untuk menentang kumpulan Islamic State (IS).
Trump membuat kenyataan tersebut kepada akhbar New York Times ketika 
ditemu ramah mengenai dasar luar AS sekiranya dipilih sebagai presiden.
“Jawapannya ialah kemungkinannya ya,” katanya.
Trump berkata, AS perlu mendapat pulangan daripada negara-negara yang 
dilindunginya termasuk melalui sumber asli seperti Arab Saudi yang 
merupakan pengeluar minyak utama dunia.
“Malah, tanpa kita, Arab Saudi tidak akan wujud lebih lama lagi. Kita 
tidak mendapat pulangan untuk perkhidmatan yang besar iaitu memberi 
perlindungan kepada pelbagai negara. Kini, Arab Saudi merupakan salah 
satu daripadanya,” jelas Trump.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan mengenai siapa yang memberi nasihat untuk menghentikan pembelian minyak itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment