Monday, March 28, 2016
Tony Pua Bakal Disiasat Kerana Fitnah Pihak Polis
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua bakal dipanggil untuk disiasat 
berhubung tweetnya di laman sosial. Tony Pua sebelum ini dilihat 
memuatnaik satu tweet di akaun twitter miliknya.. Tweet tersebut dilihat
 seperti sengaja mahu mengelirukan rakyat mengenai satu kejadian yang 
membabitkan isu pihak berkuasa.
 Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindakan
 Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk membuat siasatan terhadap Tony Pua, 
selepas dia dilihat sengaja memfitnah pihak polis dan memutarbelitkan 
fakta kes mahkamah membabitkan kematian Aminulrasyid Amzah.
“PCIRC@PDRMsia. Tweet ini sengaja memutarbelitkan fakta bertujuan 
mengelirukan rakyat. Panggil orang ini dan siasat,” tulis Khalid di 
Twitter.
Ahli  Parlimen Petaling Jaya Utara itu, dilihat memberi komen mengenai 
kes kematian yang melibatkan seorang remaja lelaki yang mati akibat 
terkena tembakan seorang anggota polis enam tahun lepas. Bersama komen 
tersebut, Tony Pua turut sertakan satu artikel yang bertajuk ‘IGP 
refuses to apologise to Aminulrasyid’s family’.
Tindakan Tony Pua tersebut jelas menunjukkan bahawa dia sengaja mahu 
membangkitkan rasa benci rakyat terhadap pihak polis. Malah kita juga 
percaya, bahawa tindakannya itu hanya untuk menjatuhkan maruah dan 
kreadibiliti pihak berkuasa. Mungkin juga Tony Pua mahu 
memburuk-burukkan lagi keadaan berhubung dengan keengganan pihak 
berkuasa memohon maaf.
Sebelum ini, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 67, dan kakak sulung 
Aminulrasyid, Nor Azura, 46, selaku plaintif bertindak menamakan Koperal
 Jenain Subi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, bekas Ketua Polis Selangor 
Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum menjadi Ketua Polis Negara dan kerajaan
 Malaysia sebagai defendan.
Sejurus Mahkamah Tinggi di Shah Alam membenarkan tuntutan saman 
dikemukakan mereka terhadap polis dan kerajaan. Keluarga mangsa menerima
 ganti rugi berjumlah RM414,800 disebabkan kecuaian Jenain hingga 
mengakibatkan kematian Aminulrasyid yang luka terkena tembakan di kepala.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment