
Monday, March 28, 2016
Four Corners State Of Liar : Pemabuk, Penipu, Orang Gila dan Nyanyuk

Dua minggu selepas  Linton Besser, wartawan 
stesen televisyen The Australian Broadcasting Commission (ABC) dihalau 
keluar dari Malaysia, mereka  menerbitkan sebuah filem cereka pendek 
(short film) berjudul, “State of Fear: Murder and Money in Malaysia” 
(SFMMM).
Filem pendek ini mengisahkan pembunuhan dan rasuah yang berlegar di 
sekitar Perdana Menteri, Mohd Najib Razak, memaparkan antagonis yang 
boleh dianggap mental yang tidak stabil, penipu, pemabuk dan orang 
nyanyuk.
Filem pendek ini bermula dengan footage menunjukkan kebiadapan Linton
 Besser menerjah acara Perdana Menteri bersama rakyat hanya untuk 
bertanya mengenai akaun beliau yang sedang disiasat. Wartawan ini tidak 
menunggu sidang media tetapi menahan Perdana Menteri di tengah jalan 
seolah-olah mereka masih penjajah negara ini. 
Linton Besser perlu sedar bahawa Najib Razak ialah Perdana Menteri 
bukan pemilik bar di Australia yang bersusur galurkan banduan England. 
Perdana Menteri Malaysia sentiasa terbuka kepada soalan dalam sidang 
media tapi bukan dengan cara menyergah beliau di tengah jalan.
Berbalik kepada SFMMM. Ia hanyalah sebuah filem cereka pendek 
bukannya dokumentari seperti yang digembar-gemburkan oleh 
Malaysiakini.com. Dokumentari harus mengandungi bukti dan analisis 
berdasarkan bukti. Dalam SFMMM ini semua tiada.
Sebaliknya, SFMMM hanyalah sebuah naratif politik yang menggabungkan 
sudut pandangan beberapa orang yang mempunyai agenda menentang Perdana 
Menteri dan digabungkan secara kreatif dengan isu-isu semasa seperti 
pembunuhan pendakwaraya Kevin Morais, pembunuhan bekas pengasas AmBank, 
jumlah wang dalam akaun peribadi Mohd Najib di Ambank dan pembunuhan 
Altantuya Sharibu.
Naratif ini kemudiannya disokong oleh watak-watak seperti:
1. Charles Morais yang mempunyai banyak hutang di Amerika Syarikat dan sanggup berkata apa sahaja demi duit. 
2. Claire Brwon, pemilik Sarawak Reports yang dibayar berjuta ringgit oleh sebuah Yayasan di luar negara. 
3. Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri yang hampir nyanyuk tapi masih mahu menjatuhkan Mohd Najib.
4. Zaid Ibrahim bekas penyokong Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
 yang kemudian disingkirkan dari UMNO dan mendesak Yang Di Pertuan Agong
 agar tidak melantik Najib Razak sebagai Perdana Menteri. 
Apabila diletakkan antagonis-antagonis seperti ini dalam cereka 
pendek tajaan ABC tentulah kita akan mendapat satu soap opera politik 
Malaysia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment