Monday, March 28, 2016
Guan Eng Perlu Lepaskan Jawatan Ketua Menteri Dengan Segera
Rakyat kini memerhati dengan teliti tindakan dan juga perilaku 
pemimpin-pemimpin DAP khususnya Guan Eng didalam isu panas Skandal 
Banglo Mewah di Jalan Pinhorn.
Rakyat keseluruhannya kini juga telah melihat sendiri betapa 
"munafiknya" Ketua Menteri P.Pinang yang sebelum ini berlakon suci demi 
mencari undi orang melayu/Islam bagi menjajah negeri ini
Sebelum ini, Guan Eng mendesak Perdana Menteri DS Najib Razak agar 
meletakkan jawatan dan juga bercuti apabila fitnah mengenai 1MDB 
dicanang ke seluruh negara. Ketika itu juga, seluruh kepimpinan DAP 
termasuk Kit Siang begitu lantang mahu Najib berundur diatas alasan 
menjaga integriti.
Tak kurang hebatnya apabila BEKAS ahli UMNO iaitu Tun Mahathir juga 
mendesak Najib meletakkan jawatan kononnya bagi memudahkan siasatan 
dilakukan keatas fitnah yang dilemparkan kepada beliau.
Tapi kini, Guan Eng sendiri lupa apa yang dikatakannya dahulu. Bila 
agaknya Guan Eng mahu meletakkan jawatan dan bercuti untuk memberi ruang
 siasatan mengenai banglo mewah yang dibeli dengan harga sangat murah 
itu dijalankan?
Bila pulak Mahathir serta para balacinya mahu bersuara mendesak agar 
Guan Eng meletakkan jawatan diatas dasar menjaga integriti?? Takkan 
Mahathir sudah jadi bisu dan tuli hanya kerana mahu menjaga hati 
'sleeping partner'nya iaitu Kit Siang?
Skandal pembelian banglo mewah oleh Guan Eng merupakan isu yang sangat 
besar kerana ia melibatkan RASUAH serta penyalahgunaan kuasa oleh 
penjawat awam. Kes ini juga amat berat kerana ia melibatkan kepercayaan 
rakyat terhadap pemimpin yang diamanahkan untuk mentadbir harta negeri.
Maka Guan Eng WAJIB meletakkan jawatan dan PERLU disumbatkan kedalam 
penjara jika disabitkan bersalah. Rakyat mahu seorang pemimpin yang 
menjaga rakyat negeri, bukannya pemimpin yang mengaut segala keuntungan 
untuk kepentingan peribadi.
Rakyat Pulau Pinang tak kira bangsa kini mahukan kebenaran ditegakkan 
didalam isu penyelewengan oleh Guan Eng ini. Seperti Khir Toyo, pemimpin
 yang didapati bersalah perlu dikenakan hukuman yang setimpal. Guan Eng 
harus bertanggung jawab diatas segala penyelewengan yang dibuat! Guan 
Eng mesti bertaubat!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment