Monday, March 28, 2016
Laungan "TURUN GUAN ENG" Bergema Di Pulau Pinang
Hari ini Guan Eng buat kenyataan media lagi... Guan Eng sekali lagi 
berkata Kerajaan DAP Pulau Pinang menggantikan tanah tapak PPR Taman 
Manggis Fasa 2 yang dijual kepada syarikat swasta (untuk pembinaan hotel
 dan hospital) dengan tanah yang lebih besar di Jalan SP Chelliah untuk 
Projek Perumahan Mampu Milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ayat yang sama dicakapkan oleh Mujahid Yusuf Rawa di Parlimen baru-baru ini semasa berbahas dengan Rahman Dahlan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bukan sahaja tidak tahu harga 
pasaran banglo yang dibelinya malah Lim Guan Eng juga tidak tahu BEZA 
antara Projek Perumahan Rakyat  (PPR) dan Perumahan Mampu Milik.
PPR adalah perumahan yang dibina oleh Kerajaan untuk disewakan kepada 
golongan rakyat berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan; atau lebih
 tepat lagi golongan rakyat miskin dalam bandar. Sewa yang dikenakan 
pula sangat rendah atau minima.
Rumah Mampu Milik adalah rumah yang dijual kepada pembeli yang layak 
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri. Di Pulau Pinang,
 menjadi pemilih berdaftar di Pulau Pinang adalah satu syarat utama 
kelayakan membeli rumah Mampu Milik.
Di Jalan SP Chelliah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang membina rumah yang 
dijual  bermula pada harga RM72,500 seunit -KSR (tidak termasuk kos 
tempat letak kereta) sehingga RM400,000 seunit.
Tiada unit PPR di projek Mampu Milik di Jalan SP Chelliah.Tiada rumah PPR yang disewakan pada kadar RM 120 sebulan.
Jelas sekali, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak faham polisi
 dan skim perumahan Kerajaan atau tidak tahu membezakan antara PPR dan 
Mampu Milik.
Lu lagi mau tipu ka, Guan Eng cakap ada ganti rumah PPR di SP Chelliah?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment