Monday, March 28, 2016
Terbaiklah.... BN Yakin Rampas Parlimen Sepang Dan DUN Tanjung Sepat, Sungai Pelet
Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Parlimen Sepang dan dua 
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen berkenaan, Tanjong 
Sepat dan Sungai Pelek yang kini dikuasai pembangkang.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keyakinan itu 
berdasarkan kerjasama dan semangat kesepaduan yang ditunjukkan MIC 
Sepang dengan parti komponen BN yang lain.
Beliau berkata penyatuan erat bagi mencapai kemenangan di kerusi 
Parlimen dan DUN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dapat memberi
 pengiktirafan sekali gus menonjolkan keistimewaan BN dalam mentadbir 
negara secara sama rata dan adil.
"Perkara (kemenangan) tidak hanya boleh dicapai oleh satu parti, ia 
memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua parti komponen untuk 
menjayakan misi ini.
"Oleh itu, semua pihak perlu mengambil kira keperluan masyarakat tanpa 
mengira agama dan bangsa. Inilah peranan seorang pemimpin dalam iklim 
politik hari ini," katanya ketika berucap pada Pesta Perpaduan di 
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina di Dengkil, malam ini.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan menegaskan 
dengan pendekatan BN untuk bergerak sebagai sebuah keluarga yang utuh, 
sudah pastinya tiada kumpulan lain yang mampu menggugat BN pada PRU akan
 datang.
Selain Tanjong Sepat dan Sungai Pelek, Parlimen Sepang mempunyai sebuah lagi kerusi DUN iaitu Dengkil, yang kini dikuasai BN. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment