
Monday, March 28, 2016
DAP Melaka Semakin Hilang Kepercayaan Terhadap Parti

Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad telah 
memaklumkan bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh 
Leong San dari DAP, kini disahkan telah keluar daripada parti DAP.
Perkara tesebut dimaklumkan pada majlis perasmian Persidangan Pertama 
Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Kompleks Seri 
Negeri di Melaka. Bukan itu sahaja, malah Goh Leong kini disahkan 
menjadi ADUN Bebas.
Akibat daripada penarikan diri daripada parti DAP dan jawatan  ketua 
pembangkang yang disandangnya sebelum ini. Terkini jawatan tersebut 
telah pun diisi oleh Adun Ayer Keroh, Khoo Poey Tiong juga daripada DAP.
“Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang perkara ini,” katanya.
Dengar-dengar cerita sebelum ini berlaku sedikit ketidaksefahaman 
diantara anggota-anggota DAP di Melaka. Mana tidaknya jikalau sebahagian
 daripada mereka menyokong Goh Leong, tapi sebahagian lagi pula 
bertindak menyokong Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau 
Pinang, Lim Guan Eng. Jelas nampak berlaku perpecahan sokongan di 
Melaka.
Ditambah pula dengan berlakunya kontroversi isu rumah banglo yang dibeli
 Guan Eng pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran, hingga 
mengakibatkan sesetengah anggota parti DAP telah hilang kepercayaan 
terhadap Guan Eng.
Bukan itu sahaja, kepimpinan kerajaan DAP Pusat kini langsung tidak 
boleh dipercayai! Sebelum ini bukan main lagi, laungkan kata-kata tolak 
rasuah dan sebagainya tapi kini?? Semuanya telah terbongkar satu demi 
satu keburukan pemimpin DAP… Memang patut pun ahlinya keluar dari parti..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment