
Monday, March 28, 2016
Guan Eng Mengaku Tahu Harga Sebenar Rumah??

"Satu lagi pembohongan BN adalah kenyataan saya bahawa saya tidak tahu 
nilai rumah saya, walaupun saya menandatangani Perjanjian Jual Beli dan 
membayar duti setem," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Kuat wayang betul laa Setiausaha Agung DAP seorang ni... Dia sendiri 
yang mengaku tak tahu mengenai harga sebenar rumah yang dibelinya di 
Jalan Pinhorn... Pastu nak tuduh kata Barisan Nasional (BN) putar belit 
kenyataannya.
Kalau betul laa Guan Eng tahu mengenai harga sebenar rumah terbabit, 
mengaku sajalah... Dah laa tak mau mengaku, pastu boleh duk putar belit 
sana sini... Yang paling 'win' Guan Eng punya putar belit, rumah dibeli 
dengan harga murah sebab takda kolam.
Cuba anda semua bayangkan, disebabkan rumah takda kolam tuan tanah jual rumah 
tersebut dengan murah kepada Guan Eng... Anda rasa masuk akal ke 
alasan bodoh tu?? Sapa laa yang nak percaya dengan alasan tu... Budak 
sekolah pun tahu alasan tu tak leh pakai.
Terang-terang rumah kos rendah takda kolam, tapi Guan Eng masih jual 
dengan harga tinggi kepada rakyat Pulau Pinang... Apa alasan Guan Eng 
untuk harga rumah kos rendah ini??
Ohh lupa... Guan Eng pernah jawab dia mana tahu mengenai harga-harga 
rumah atau tanah di Pulau Pinang... Beliau cuma seorang Ketua Menteri 
bukannya seorang ejen hartanah.... Patutlaa dia dapat rumah harga murah,
 dia kasi rakyat Pulau Pinang rumah harga mampu tengok!!!
"Saya menjawab dengan jujur. Saya tidak tahu sama ada rumah saya 
bernilai RM6.5 juta kerana saya adalah seorang Ketua Menteri dan bukan 
ejen hartanah," katanya.
Rasanya elok saja lah Guan Eng letak jawatan... Jadi Ketua Menteri apa 
kalau harga tanah di negeri bawah pentadbiran sendiri pun tak tau.... 
Macam mana nak bantu rakyat marhaen kalau gini??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment