Monday, March 28, 2016
Muhyiddin, Mukhriz Menghitung Hari Dalam UMNO... Wajib Dikenakan Tindakan Tegas Atau Buang Terus Dalam UMNO
Kehadiran dua bekas pemimpin UMNO dalam program bersama pembangkang 
untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada Ahad memberi petanda 
jelas bahawa 'hayat' mereka dalam UMNO sudah tidak lama.
Kedua-dua mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz 
Mahathir duduk sepentas dengan ketua de facto pembangkang Lim Kit Siang,
 Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan pemimpin pembangkang 
lain termasuk Datuk S Ambiga.
Berikutan itu, suara mahukan UMNO mengambil tindakan tegas kepada mereka berdua semakin kuat kedengaran.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata UMNO perlu 
mengambil tindakan tegas terhadap Muhyiddin Yassin dan Mukhriz yang 
menghadiri perhimpunan bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, 
Selangor Ahad.
Menurutnya, tindakan Mukhriz selaku Ketua UMNO Bahagian Jerlun dan 
Muhyiddin sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, mencerminkan mereka kini 
adalah sebahagian daripada pembangkang yang terang-terangan mahu 
menentang parti.
Beliau berpendapat sudah tiada maknanya kedua-dua mereka berada di dalam parti.
"Menyatakan bahawa mereka menyayangi UMNO, sedangkan tindakan mereka 
jelas bertentangan dengan kenyataan tersebut . Parti sepatutnya ambil 
tindakan terhadap mereka, kalau sudah pergi sejauh itu tak perlu berada 
dalam parti lagi, baik berterus terang sahaja," katanya.
Bagi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  pula,
 ahli UMNO yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun 
Razak diminta keluar daripada parti itu dan menubuhkan parti baharu 
daripada terus menjadi ‘gunting dalam lipatan’.
“Perhimpunan seperti di Shah Alam bermatlamat kononnya untuk 
mempertahankan Malaysia, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui 
tulang belakang di sebalik kejayaan negara ini adalah Barisan Nasional 
(BN) sejak tanah air mencapai kemerdekaan,” katanya.
12 Mac lalu, 147 Ketua UMNO Bahagian mendesak MT mengambil tindakan 
tegas terhadap Muhyiddin serta beberapa pimpinan UMNO lain yang terlibat
 dalam deklarasi rakyat bagi menjatuhkan Perdana Menteri.
Menurut Ketua Bahagian UMNO Batu Gajah, Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim, 
desakan itu adalah hasil daripada keputusan mesyuarat yang diadakan di 
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 4 petang tadi.
Antara Ketua Bahagian yang hadir ialah Bera, Rantau Panjang, Kuala 
Kedah, Jerantut, Kuantan, Jempol, Pensiangan, Gopeng, Dungun, Puchong, 
Hulu Langat, Pokok Sena, Rasah, PJU, Jerai, Kepong, Silam, Klang, Batu, 
Bakri, Sabak Bernam, Shah Alam, Petaling Jaya Selatan, Kapar, Pendang 
dan Kuala Terengganu.
Bahagian lain ialah Indera Mahkota, Kota Marudu, Telok Intan, Segambut, 
Kuala Pilah, Kudat, Lipis, Sungai Besar, Sungai Petani, Bagan, Batu 
Kawan, Setiu, Kuala Langat, Subang, Sepang, Tenom, Tanjong, Selayang, 
Pengkalan Chepa, Serdang, Penampang, Beufort, Paya Besar, Kuala Selangor
 dan Bukit Mertajam.
“Kami mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir 
pemimpin UMNO yang masih memegang jawatan khususnya Tan Sri Muhyiddin 
dan Datuk Seri Mukhriz kerana bersekongkol dan bersubahat dengan agenda 
pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara 
demokrasi.
“Oleh itu, kami Ketua Bahagian mendesak Majlis Tertinggi UMNO dan 
Lembaga Disiplin mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat 
dalam deklarasi rakyat,” katanya pada sidang media Solidariti Ketua UMNO
 Bahagian Semalaysia bersama Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana 
Menteri baru-baru ini. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment