 
 Monday, March 28, 2016
Tiada Demontrasi Suruh PM Turun, Mahathir Lupa Lagi
 
 
Terkejut dan sedih! Itulah barangkali reaksi kita apabila
 mendengar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tiada rakyat keluar 
berdemontrasi dan mengadakan kempen mendesak beliau berundur sungguhpun 
beliau dituduh diktator.
Terkejut kerana kita semua tidak menyangka Tun akan memperbodohkan rakyat 
Malaysia sampai begitu sekali. Sedih kerana memikirkan kemungkinan Tun 
sudah nyanyuk sehingga lupa apa yang pernah berlaku dan sekarang beliau 
dipergunakan oleh anaknya Mukhriz Mahathir.
Malay Mail memetik kenyataan Tun Mahathir dalam sidang akhbar selepas
 Kongres Rakyat 2016, “I also was a dictator before. But that is all 
right, people did not demonstrate against me before.” 
Apakah Tun lupa bahawa pada 1998-1999 terdapat puluhan demontrasi 
atas jalan raya meminta beliau berundur? Demontrasi ini bukanlah 
demontrasi dan himpunan main-main sekitar 2000 orang seperti Tun buat 
semalam.
Dianggar beratus ribu orang turun ke jalan raya pada 1998 dan 1999 
mendesak Tun Mahathir berundur. Tun tidak berundur tetapi menangkap 
mereka dan menyumbat dalam penjara atas alasan keselamatan.
Hari ini Mohd Najib belum menangkap sesiapa tanpa bicara kerana 
mendesak beliau berundur. Jika ada pun dua badut Tun yang didakwa dan 
dibicarakan kerana mensabotaj ekonomi negara apabila pergi ke negara 
asing membuat laporan tidak benar mengenai Perdana Menteri dan 1 
Malaysia Development Berhad (1MDB).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment