
Sunday, March 27, 2016
Kenapa Tun M Digelar MAHAZALIM Oleh Pembangkang Satu Ketika Dahulu.....??

Mungkin ini salah satu kezaliman yg dilakukan oleh Tun terhadap rakyat 
sehingga menyebabkan kerugian kepadanya. Dia ditangkap, dipenjara tetapi
 akhirnya didapati tidak bersalah.
Nallakaruppan mahu menyaman Tun M kerana telah menzaliminya dan 
menyebabkan kehilangan 3 jawatan sedangkan dia didapati tidak bersalah 
.....
“Saya mahu menuntut ganti rugi atas segala kehilangan yang telah 
dialami, Oleh kerana Dr. Mahathir tidak sukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
 dan saya kawan baik Anwar pada ketika itu, saya telah ditangkap dan 
dipenjarakan, bukannya atas tuduhan memiliki peluru pistol tanpa 
permit.
“Setelah diputuskan tidak bersalah dan dibebaskan, saya telah kehilangan
 semua termasuk ketiga-tiga jawatan tertinggi saya. Dr. Mahathir telah 
memerangkap saya sehingga menjadi buruan polis. Beliau adalah 
puncanya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Alangkah zalimnya beliau ditangkap dan dipenjara hanya kerana dia 
berkawan dengan Anwar Ibrahim. Selepas didapati tidak bersalah beliau 
telah dibebaskan tetapi beliau telah kehilangan 3 jawatan besar. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment