Sunday, March 27, 2016
Ini Azmin Punya Pukulanlah.... PKR Tak Boleh Buat Keputusan Mengenai Kerjasama PH Dengan Blok Ketiga Pembangkang
SHAH ALAM : Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN) Anuar Tahir 
berkata PKR tidak boleh memutuskan secara bersendirian bersabit 
kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) bersama blok ketiga pembangkang 
(PAS-IKATAN).
Katanya, apa juga keputusan besar melibatkan PH harus dibincangkan di 
peringkat kepimpinan ketiga-tiga parti bagi mengelakkan sebarang 
kekeliruan dan ketidak persetujuan di kalangan pucuk pimpinan parti.
"Sebarang keputusan atau pendirian besar kita tidak akan buat 
bersendirian, kita akan pastikan bahawa mestilah diputuskan bersama 
dalam ketiga-tiga parti yang bergabung dalam PH yakni PKR dan DAP (dan 
PAN).
"Sebarang pandangan kita mestilah pandangan bersama, mencerminkan semangat PH," katanya kepada Antarapos.
Anuar berkata demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali semalam.
Azmin semalam berkata PH sedia untuk bekerjasama dengan blok ketiga pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).
Langkah itu kata Azmin adalah bersandarkan kepada blok itu masih mempunyai agenda yang sama iaitu untuk menawan Putrajaya.
"Tidak molek untuk saya membuat kenyataan atas nama satu parti sahaja. 
Kalau hal besar seperti ini mestilah diputuskan bersama," bidas Anuar 
kepada Azmin.
Kerjasama antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) nyata 
mengejutkan kepimpinan PH apabila ada pihak yang tidak senang dengan 
kerjasama itu khususnya DAP.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini menegaskan PH tidak 
berhasrat menjalin sebarang kerjasama dengan blok ketiga itu dalam 
menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.
Guan Eng berkata asas kerjasama dengan PAS sudah tidak wujud lagi 
apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatan 
pembangkang.
Dalam pada itu, Azmin juga berkata kerjasama blok ketiga itu tidak akan memberi apa-apa kesan buruk kepada PKR atau PH.
Jelasnya, kedua-dua pihak berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk membawa perubahan kepada landskap politik negara. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment