
Monday, March 28, 2016
Najib Razak Masih Diperlukan Untuk Berkhidmat Demi Negara - Bung Mokhtar

Sebagai
 seorang rakyat yang menetap di negara Malaysia, mereka harus sedar 
betapa pentingnya kehadiran pemimpin dalam usaha untuk membangunkan 
negara. Sikap suka menolak kepimpinan hanya disebabkan terlalu 
terpengaruh dengan khabar angin palsu wajar dihentikan.
Ahli
 Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin berkata kehadiran 
Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam 
sistem pentadbiran negara adalah sangat bermakna dan paling utama. 
Najib
 Razak masih diperlukan untuk berkhidmat demi negara, agama dan bangsa. 
Tidak wajar bagi sesetengah individu yang cuba untuk menidakkan 
kepimpinannya yang selama ini telah mengharumkan nama negara ke seluruh 
pelusuk dunia. Hanya disebabkan beberapa kontroversi dan tersebarnya 
berita palsu, pihak tertentu bertindak mengambil kesempatan dengan 
mendesak Najib supaya melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.
Sekiranya
 mereka terlalu taksub dan bencikan Perdana Menteri sekali pun, mereka 
harus  tunggu sehingga pilihan raya akan datang atau Pemilihan UMNO pada
 2018. Tindakan Gerakan Selamatkan Malaysia yang tidak putus-putus 
mendesak Najib berundur hanya kerana terpengaruh dengan tuduhan beliau 
dikaitkan dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa patut dihentikan.
Tindak
 tanduk beberapa pemimpin yang tidak berpuas hati seperti Tan Sri 
Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta veteran UMNO, Tan
 Sri Sanusi Junid jelas nampak bahawa mereka begitu terdesak untuk 
menjatuhkan pemimpin negara sendiri.
“Tunggu la pilihanraya atau pemilihan UMNO untuk membawa perubahan, buat masa ini Najib masih diperlukan,” katanya.
Mereka
 ini wajar dikenakan tindakan oleh  Lembaga Disiplin UMNO kerana menuduh
 dan memcipta onar serta fitnah bahawa Najib tidak layak memerintah 
untuk negara. Fitnah tersebut bertujuan mahu memburukkan Najib supaya 
rakyat benci terhadapnya.
“Buat
 masa ini UMNO perlu meneliti langkah-langkah yang perlu diambil kepada 
mana-mana ahli parti yang melanggar batas perlembagaan parti, ini 
penting untuk kemantapan parti,” katanya.
Mereka
 sepatutnya memberi kepercayaan penuh kepada Najib kerana beliau 
merupakan kepala negara teratas. Sikap hendak membalas dendam dan 
bertindak demi kepentingan diri sendiri adalah satu tindakan yang tidak 
matang serta memalukan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment