
Monday, March 28, 2016
UMNO Kelantan Setuju MT Pecat Pemimpin Parti Cuba Jatuhkan Presiden

KUALA LUMPUR : UMNO Kelantan bersetuju sekiranya 
Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat pemimpin dan anggota parti yang 
terlibat dalam gerakan cuba menjatuhkan presiden parti Datuk Seri Najib 
Tun Razak, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri 
Mustapa Mohamed.
“Kami (UMNO Kelantan) telah menyatakan di dalam Deklarasi Kelantan 
jika mana-mana individu sokong gerakan untuk menjatuhkan Najib perlu 
dipecat dari parti.
“Kami sependapat agar mereka dipecat. Itu pendirian UMNO Kelantan,” 
kata anggota Parlimen Jeli itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari 
ini.
Mustapa berkata demikian bagi mengulas tindakan Ketua UMNO Bahagian 
Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Seri
 Mukhriz Mahathir yang menghadiri perhimpunan tertutup bersama-sama 
pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor semalam.
Khamis lepas, kesemua 14 ketua UMNO Bahagian Kelantan termasuk 
anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan 
sokongan padu terhadap kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan 
presiden parti dengan menandatangani Deklarasi Kelantan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment