
Monday, March 28, 2016
Teresa Kok Bagi Alasan Kelakar Demi Pertahankan Lim Guan Eng

Punyalah nak pertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, 
seorang ahli DAP ini sanggup memperbodohkan dirinya sendiri. Bagi alasan
 yang tidak logik langsung, semata-mata demi mempertahankan Guan Eng 
daripada terus dihentam.
Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok memberi alasan kenapa Guan Eng dapat 
membeli sebuah rumah banglo mewah dengan harga yang tersangat murah, ini
 kerana Guan Eng dan pemilik rumah terbabit ahli perniagaan wanita, 
Phang Li Koon sebenarnya adalah sahabat baik. Sahabat baik macam mana 
tu?? Baik sangat ke atau terlampau intim??
Kata Teresa, Phang bertindak sebagai seorang sahabat yang baik kerana 
sanggup menjual rumah banglo yang dimilikinya itu kepada Guan Eng pada 
harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Kalau Teresa jadi Phang 
pun dia akan lakukan perkara yang sama… Ooooo, demi persahabatan lani?? 
Hahahaha!!
“Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau
 Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang 
mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,
“Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di 
negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi 
satu masalah,” tambah Ahli Parlimen Seputeh itu lagi.
Kalau kalian nak jual taknak ambil untung semata-mata demi sahabat ni, 
ikut suka kalianlah.. Tapi cuba tanya pada diri kita! Adakah manusia dalam dunia 
ni sanggup rugi berjuta-juta ringgit semata-mata demi persahabatan macam
 Teresa Kok ni kata?? Phang ni bukan setakat taknak ambil untung, tapi 
siap rugi berjuta-juta ringgit. Logik ke alasan yang diberikan Teresa 
ni??
Nak bohong budak hingusan boleh la… Siapa yang nak rugi oooiiii! Kalau 
balik modal okey lagi, ini siap jauh beza dari harga pasaran sebenar. 
Dalam pada itu Teresa sempat menafikan bahawa Guan Eng telah melakukan 
kesalahan dalam urusan jual beli hartanah, selain menyifatkan isu itu 
sengaja diperbesarkan untuk menenggelamkan Kongres “Selamatkan 
Malaysia”.
“Itu perkara kecil tetapi mereka memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan.” Ujarnya...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment