Sunday, March 27, 2016
Rahsia Besar Najib Akhirnya Terbongkar ??!!!
Berikut merupakan kupasan Penceramah Agama, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee
 Abdullah di sebalik tuduhan yang dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri 
Najib Tun Razak : –
Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perkara utama yang telah 
dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam 
yang bertelagah.
Dalam kemelut dan situasi politik yang berlaku sekarang kami sebagai 
aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat drp sudut persepsi 
serantau.
Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yg sedang berlegar 
daripada dulu hingga kepada kemelut mutakhir yg sedang berlaku.
Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, 
selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para 
pemimpin negara Islam yg lain sekadar melihat dan tidak melakukan 
apa-apa tindakan yg sepatutnya.
Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai 
bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan 
mereka selepas dimusnahkan Israel.
Najib juga menjadi Perdana Menteri Malaysia dan antara pemimpin dunia 
Islam yg berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di 
Gaza.
Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu.
Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah 
Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ 
masalah PATI di Sabah juga akan selesai.
Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan 
Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan 
berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.
Wujud konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.
Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dulu dia buat perkara yang sama.
Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, semua bantuan 
kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan thai dibuat secara
 rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan
 orentasi perdamaian seperti PM Najib.
Najib berani mengambil risiko untuk ‘rock the boat’ dengan mengusulkan 
berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah 
dan Hamas.
Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan 
drp pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan 
pandangan terhadap Najib di kalangan pimpinan PAS).
Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yang mahu Anwar 
jadi Perdana Menteri), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka 
WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah
 bergolak selama puluhan tahun.
Baik, daripada sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab 
dan berkawan dengan Najib, melihat kpd sumbangannya kepada Islam dan 
perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan
 kepada beliau?
Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke
 depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani 
lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana.
Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.
Ingatlah saudara-saudaraku bahawa kita berada di dunia akhir zaman. 
Dunia yg segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui
 media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan 
kepalsuan.
Mungkin Najib bukanlah Perdana Menteri yang terbaik namun kita harus 
bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam drp diserang drp segala 
sudut yg akhirnya akan merugikan kita.
Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya 
digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita 
rekaan yg membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam
 yg terakhir itu.
Sdra-sdra mungkin boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan kami namun 
gunakan rasionalisme dlm membuat justifikasi dan bukannya berasaskan 
rasa amarah yg akhirnya akan merugikan kita semua. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment