Monday, March 28, 2016
Najib Ucap Tahniah Kepada Johan Qari, Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 
mengucapkan tahniah kepada johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran 
Peringkat Kebangsaan Ke-59 yang berakhir Sabtu lepas di Putrajaya. 
“Tahniah qari Kelantan, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan qariah Johor,
 Nor Azrah Ayub menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 
Ke-59,” katanya menerusi catatan dalam Twitternya, hari ini.
Wan Ainuddin Hilmi Abdullah berjaya mempertahankan kejuaraannya pada 
tilawah itu dan Nor Azrah, masing-masing menerima wang tunai RM15,000, 
piala iringan, sebuah kereta Proton Exora, pakej menunaikan haji, 
cenderamata dan sijil penyertaan.
Johan qari dan qariah akan mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah dan 
Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 2 hingga 7 Mei di Pusat 
Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. 
Seramai 14 qari dan 14 qariah mewakili negeri-negeri serta johan 
bertahan qari dan qariah edisi lalu mengambil bahagian pada tilawah itu 
yang bermula 21 Mac lepas di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan 
Putrajaya. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment