Monday, March 28, 2016
Bangang Tak Habis-Habis !!! Jangan Heret Institusi DiRaja – Pemuda UMNO
KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO hari ini mengkritik pemimpin-pemimpin yang 
hadir ke Kongres Rakyat yang diadakan di Shah Alam semalam kerana 
didakwa cuba mengheret institusi Diraja ke dalam usaha mereka untuk 
menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ianya berikutan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata
 beliau akan membentangkan satu juta tandatangan menerusi Deklarasi 
Rakyat ke istana untuk mendesak peletakan jawatan Najib.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar menyifatkan kumpulan 
Selamatkan Malaysia ini telah ‘kehabisan idea’ untuk mendesak Najib 
melepaskan jawatan.
“Usaha-usaha mereka sebelum ini untuk menjatuhkan kerajaan adalah 
sia-sia, jadi sekarang mereka mahu melibatkan institusi Diraja untuk 
mencapai matlamat mereka.
“Saya menggesa 3M (Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir) ini 
untuk menghentikan cubaan mengheret institusi Diraja ke dalam rancangan 
jahat mereka.
“Saya juga menggesa mereka untuk menghentikan kerjasama tidak masuk akal
 dengan pembangkang yang mempergunakan mereka,”katanya, lapor 
media.
Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa agar Majlis Tertinggi UMNO 
untuk menyingkirkan Muhyiddin dari parti tersebut kerana telah 
bersekongkol dengan pembangkang. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment