Khamis lalu, Tengku Razaleigh menyatakan pendirian apabila turut menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuhnya terhadap Najib.
Sunday, March 27, 2016
Ku Li Bukti Dirinya Orang Parti Berjiwa UMNO
Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah 
menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai tanda sokongan terhadap 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau 
benar-benar orang parti yang berjiwa UMNO.
Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, 
perpaduan antara satu sama lain merupakan kekuatan UMNO terutama dalam 
keadaan sekarang yang semakin mencabar.
“Tindakan Tengku Razaleigh menandatangani Deklarasi Kelantan membuktikan
 beliau merupakan orang parti berjiwa UMNO kerana tidak mahu melihat 
perpecahan parti.
“Individu yang menyerang pemimpin hanya berniat melemahkan parti dan 
memutuskan menggunakan kaedah ini untuk melemahkan UMNO. Jika tidak 
berpuas hati, lawan atau jatuhkan pemimpin secara demokratik kerana UMNO
 sendiri mempunyai kaedah pemilihan parti,” katanya kepada Mingguan 
Malaysia di sini hari ini.
Khamis lalu, Tengku Razaleigh menyatakan pendirian apabila turut menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuhnya terhadap Najib.
Deklarasi yang diserahkan kepada Najib itu susulan perhimpunan kira-kira
 10,000 rakyat Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu lalu bagi menyatakan 
sokongan kepada Najib serta menolak pakatan bekas Perdana Menteri, Tun 
Dr. Mahathir Mohamad dan pembangkang.
Dalam pada itu, Mohamad Fatmi menjelaskan, pemilihan Najib sebagai 
Presiden mengikut Perlembagaan UMNO dan berbeza ketika pelantikan Dr. 
Mahathir sebagai Presiden.
Katanya, ketika zaman Dr. Mahathir dilantik sebagai Presiden, beliau 
mesti mendapatkan sokongan 30 peratus daripada UMNO bahagian berbeza 
ketika pelantikan Najib kerana sesiapa yang mahu bertanding jawatan 
Presiden atau mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi hanya perlu 
memenuhi syarat pernah menjadi Jawatankuasa Bahagian selama satu 
penggal.
“Oleh itu, pelantikan Najib dijalankan secara terbuka dan demokratik. 
Bagaimanapun, mengapa kini ada pihak yang ingin menjatuhkannya kerana 
jika tidak berpuas hati tunggu sehingga masanya tiba dan lawan secara 
demokratik,” katanya.
“Mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan UMNO hanya menyusahkan kerana 
mereka bukan hanya memudaratkan parti tetapi merosakkan negara dan 
rakyat,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 


 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment