Sunday, March 27, 2016
Lim Guan Eng Raja Putar Alam
1. Lim Guan Eng menambahkan koleksi putar belitnya pada 26 Mac 2016. 
Kita ingatkan Lim Guan Eng berubah selepas Mesyuarat Khas DAP 
membincangkan isu Rumah Banglo LGE. Rupanya bertambah strategi bodoh 
bebalnya. Nasihat Gobind Singh Deo Ketua Biro Undang-undang DAP ini 
memang luar biasa!
2. Apa yang Lim Guan Eng sedang lakukan? 1 minggu dia kata tidak tahu. 
Baru kini dia sedar kesilapannya dan mengaku tahu. Nampak benar LGE 
tidak tahu perkara pokok, celaru dan hilang fokus.
3. Isu yang dibahas dan diketengahkan netizen ialah Lim Guan Eng membeli
 sebuah rumah dari Tukang Sewa Rumahnya Miss Phang Li Koon selama lebih 7
 tahun. Miss Phang telah menjual rumahnya kepada LGE RM2.8 juta iaitu 
jualan murah dibawah harga pasaran. Soalannya kenapa murah kalaupun 
ianya secara "Rela Hati" antara penjual dan pembeli. Apatah lagi Miss 
Phang mempunyai hubungan dengan rakan kongsinya projek KLIDC tapak PPR 
Taman Manggis yang bakal dibina Hospital swasta dan Hotel.
4. Ditambah lagi kenyataan pada 20 Mac 2016 Lim Guan Eng yang 
mengejutkan bila dia berkata dia tidak tahu harga pasaran Banglo yang 
dibelinya. Dan berpusing pula harga Banglonya adalah penilaian 2012.
Bila kata tidak tahu Netizen akan bertanya bagaimana tidak tahu? 
sedangkan dokumen menunjukkan LGE sememangnya tahu sebelum membeli. 
Boleh rujuk media seperti FMT dan Malaysia Today yang mendedahkan hal 
"tidak tahu".
5. Begitu juga dengan kenyataan terbaru Lim Guan Eng pada 26 Mac 2016 
yang dia seorang Ketua Menteri dan bukannya Agen Hartanah!. Lawak apakah
 yang LGE tunjukkan!
Penipuan LGE Terdedah!
6. Ya Penilaian JPPH George Town Oktober 2014 Jalam Pinhorn harga sekaki
 RM722 perkaki atau apa yang LGE beli dari RM275 1 kaki persegi boleh 
disembunyikan. Malah penilai bebas yang menilai RM6.5 juta pun boleh 
diabaikan.
7. Tapi pendedahan surat LHDN Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah 
bertarikh 27/8/2015 yanh merekodkan Nilai Pasaran rumah Banglo Lim Guan 
Eng adalah RM4,270,000. 00. Duti Setem yang dibayar ialah RM122,100.00 
dari nilai adalah sesuatu yang tidak boleh ditutup! Akhirnya akan 
terdedah juga. Beli rumah dalam harga RM2.8 juta bayar Duti Setem 
RM122,100.00 atas penilaian RM4.27 juta. Kini LGE tahu Rumah Banglo No 
Swimming Pool dinilai LHDN RM4.27!
LIM GUAN ENG DAH TAHU & SEDAR DARI HILANG INGATAN
8. Pada tarikh 26 Mac 2016 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng 
menukar rentak baru bahawa dia tahu. Lim Guan Eng cuba untuk "divert 
isu" kepada motif serangan BN & UMNO.
9. LGE berkata, tuduhan bahawa dia tidak tahu nilai banglo dia membeli 
di Jalan Pinhorn adalah satu "pembohongan BN". Lim menjelaskan bahawa 
apabila beliau berkata beliau tidak tahu, beliau telah secara khusus 
menjawab pertanyaan oleh Umno kepada sama ada harta itu bernilai RM6.5 
juta.
"Satu lagi pembohongan BN adalah kenyataan saya bahawa saya tidak tahu 
nilai rumah saya walaupun saya telah menandatangani Perjanjian Jual Beli
 dan duti setem dibayar.
"Saya telah menjawab soalan mengenai sama ada nilai rumah saya adalah RM6.5 juta, seperti yang didakwa oleh Umno.
" Saya menjawab dengan jujur - saya tidak tahu jika rumah saya bernilai 
RM6.5 juta - kerana saya adalah seorang ketua menteri dan bukan Agen 
hartanah," [Bagus spin LGE].
10. Menurut peraturan urus niaga hartanah, pembeli dikehendaki membayar 
duti setem untuk memorandum pemindahan dan ini dikira berdasarkan harga 
beli atau nilai pasaran harta itu, yang mana lebih tinggi.
11. Rupanya selepas LGE diberi penerangan pasukan peguam dan agen 
hartanah barulah LGE faham. Barulah dia tahu rumahnya dibeli RM2.8 itu 
dinilai pada harga RM4.27 juta. Adakah ini penilaian tahun 2012 
sebagaimana LGE sebut sebelum ini?
12. Apapun yang berlaku Isu pokok dalam kes LGE ialah LGE telah beli rumah dibawah harga pasaran dari seorang 
yang berkepentingan dengannya. Itu sudah cukup. dan SPRM mesti menyiasat
 hubungan istimewa ini. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment