Sunday, March 27, 2016
Habis, Dah Peruntukkan Tak Di Bagi Dikawasan Khalid..... Azmin Tegur ADUN Pelabuhan Klang Kurang Bangunkan Kawasan
PELABUHAN KLANG : Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Sabtu ditegur kerana gagal 
melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik hingga kawasan tersebut kurang
 membangun.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kawasan yang
 diterajui bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang telah dipecat
 dan kini menjadi Adun Bebas, juga sering dibelenggu masalah kebersihan 
dan keselamatan.
"Disebabkan kegagalan wakil rakyat berkenaan, ramai rakyat yang kejar 
anggota Parlimen untuk memohon bantuan, malah ada juga yang pergi 
sehingga ke Shah Alam berjumpa dengan Adun lain.
"Oleh itu, kita melantik seorang penyelaras Dun Pelabuhan Klang untuk 
menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya," kata Mohamed Azmin kepada 
pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Dun Pelabuhan Klang di
 sini.
Menurutnya, pelantikan Azmizam Zaman Huri sebagai penyelaras Dun 
Pelabuhan Klang adalah langkah penting bagi mengisi keperluan rakyat 
untuk pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan.
Azmin turut memberi jaminan kepada seluruh pengundi kawasan berkenaan 
bahawa tahap kebersihan dan keselamatan akan menjadi keutamaan kerajaan 
negeri selain menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan 
terbabit.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment