 
 Monday, March 28, 2016
Anwar Sokong Ke Tidak Gerakan Mahathir Sebenarnya?
EDITOR MENULIS...
28 MAC 2016
Perasan atau tidak, dalam himpunan 
selamatkan Malaysia yang dianjur Zaid Ibrahim dan Mahathir semalam, 
tidak kelihatan satu pun kelibat keluarga Anwar Ibrahim yang dianggap 
ramai sebagai mangsa sebenar kediktatoran Mahathir dahulu.
Mangsalah tu, sebab cakaplah apa nak 
cakap pun yang masuk penjara ‘kerana Mahathir’, dia, yang hilang jawatan
 ‘kerana Mahathir’, dia. Malah, ramai bersetuju dengan saya, porak 
perandanya karier politik Anwar ini pun adalah kerana Mahathir.
Banyak yang dicakap konon Anwar dan 
keluarganya menyokong deklarasi Rakyat yang menaungi kempen Selamatkan 
Malaysia ini (dengan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak) tapi 
sehingga sekarang tidak ada satu gambar pun dimana menunjukkan salah 
seorang dari mereka (keluarga Anwar) dilihat bersama Mahathir dalam 
gerakan tersebut.
Ini sudah tentu menggambarkan sesuatu.
Come on la, Mahathir kirim salam pada 
Anwar, boleh dianggap Anwar sokong Mahathir, Nurul Izzah tandatangan 
Deklarasi boleh dianggap dia sokong Mahathir tapi tak seorang dari ahli 
keluarganya yang kelihatan dalam mana-mana program Mahathir, tak boleh 
nak kata apa-apa?
Jadi persoalannya sekarang, Anwar sokong
 ke tidak kempen Mahathir nak jatuh Perdana Menteri secara tidak 
demokratik ni?  Anwar dalam penjara, dia mana boleh datang sebab itu 
kelibat salah seorang ahli keluarganya penting untuk beri mesej yang dia
 sokong gerakan ini.
Persoalan ini penting untuk dijawab 
sebab ia akan menentukan hala tuju penyokong pembangkang, terutama di 
kalangan orang Melayu yang sejak 1998 percaya Mahathir (hari ini dia 
sendiri mengaku) adalah seorang diktator. Puak ini nak Anwar jadi 
Perdana Menteri, bukan siapa calon yang difikirkan Mahathir.
Takut-takut kena kelentong dek Mahathir pasal nakkan sokongan saja nanti.
Cukup-cukuplah kena kelentong dengan 
Mahathir ni. Semalam pun kelentong dah bila kata masa dia jadi diktator
 dulu takde demonstrasi besar-besaran untuk jatuhkan dia. Nak kena 
kelentong sampai bila kita ni dek Mahathir?
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh :
 
 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment