Dasar mulut longkang!! Slumber je Bekas Perdana Menteri, 
Tun Mahathir Mohamad kata yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun 
Razak pergi mengerjakan haji guna duit haram! Lepas tu Mahathir sifatkan
 haji yang dikerjakan oleh Najib adalah haram dan tidak sah. 
Eiiiiiiii… Dasar orang tua tak sedar diri! Suka-suka hati dia ja jatuh 
hukum macam tu, mana dia tahu Najib guna duit haram?? Bukan Najib sahaja
 yang dituduh Mahathir menggunakan duit haram untuk menunaikan haji, 
malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga turut menerima tempias.
Semuanya gara-gara Khairy dan Ketua Pemuda Umno bahagian seluruh negara 
yang turut menerima tajaan sejumlah RM1.4 juta untuk mengerjakan ibadah 
umrah. Maknanya, Mahathir tuduh umrah yang dikerjakan mereka semua tu 
haram hanya disebab mereka menerima tajaan. Kira macam Mahathir tuduh 
Najib guna wang dana RM2.6 bilion untuk kegunaan semua tu la?
“Dapat duit derma baguslah (RM2.6 bilion), tapi biar kita dapat secara 
halal. Tapi (tak boleh), kalau kita dapat duit tu dengan cara kita 
mencuri dan kita guna duit tu buat kerja haji. Ramai juga yang buat duit
 tu pergi buat haji kan?. Dua ratus orang Khairy (taja) pergi buat kerja
 haji.
“Duit banyak ni datang daripada mana? Buat kerja haji ni mesti dengan 
duit yang halal dengan duit yang kita kumpul, hasil perniagaan. Duit 
itulah yang kita guna untuk buat kerja haji. Saya khuatir kalau duit itu
 tak halal, umrah itu halalkah? Jadi perkara seperti ini yang berlaku 
dalam negara kita tak pernah berlaku dulu, tapi sekarang ini 
berlaku,”katanya.
Entah dari mana Mahathir dapat idea ini untuk meracun pemikiran rakyat 
bagi menampakkan Najib sebagai seorang yang teruk. Kalau iye pun 
terdesak sangat nak cari jalan mudah untuk menggulingkan perdana 
menteri, setidaknya cari la idea yang bijak sikit. Ini pakai main 
rasa-rasa ja, budak tadika kemas pun boleh rasa!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
 
No comments:
Post a Comment