Sunday, March 27, 2016
Dr Mahathir Lepas Geram Pada Tengku Razaleigh Kerana Sokong PM
Langkah Tengku Razaleigh Hamzah turut serta tandatangan Deklarasi 
Kelantan pada Khamis lalu bersama pimpinan UMNO negeri itu yang suarakan
 sokongan pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya amat
 kurang disenangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sabtu,beliau seolah lepas geram bila membuat beberapa dakwaan yang 
serius terhadap bekas Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Gua Musang itu.
Malah bekas Perdana Menteri itu yang diketahui jarang nak ikut cakap 
orang,dakwa beliau ‘ ikut arahan’ Tengku Razaleigh untuk menjayakan 
rancangan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen pada tahun lalu.
Dakwanya Tengku Razaleigh yang temui beliau untuk bawa idea adakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen.
Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di pejabatnya di 
Putrajaya, Dr Mahathir dakwa Tengku Razaleigh gagal dapat sokongan untuk 
undi tidak percaya itu.
“Dia yang cadang simgkirkan Najib sekarang dia yang sokong Perdana Menteri.
“Dia tidak berbuat apa,dia cuma minta orang lain buat untuknya.Dia arah 
saya untuk jumpa orang Sarawak,dan saya buat,Saya ikut arahan,”dakwanya 
lagi.
Juga dakwanya Tengku Razaleigh sudah khianatinya banyak lagi.
Sambil mengungkit isu UMNO haram selepas Tengku Razaleigh kalah padanya 
dalam pemilihan parti 1987 dan saman parti ,Dr Mahathir kata  beliau 
habiskan banyak masa bangunkan balik parti sedangkan Tengku Razaleigh 
buka parti baru.
“Apa yang anda dapat harapkan dari orang macam ini,”katanya.
Sebelum ini semasa majlis tandatangan Deklarasi Rakyat yang dipelopori 
 Dr Mahathir bersama pembangkang bulan lalu,nama Tengku raazaleigh 
diumumkan oleh pengacara majlis sebagai salah seorang yang akan 
tandatangan di majlis itu.
Namun Tengku Razaleigh tidak hadir dan kemudian kata beliau tiada sebarang kaitan dengannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment