Sunday, March 27, 2016
Kisah 1MDB Boleh Diambil Iktibar - Arul Kanda
KUALA LUMPUR : Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia 
Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata, terdapat 
pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada pengalaman syarikat itu.
Beliau merumuskan bahawa semua entiti harus lebih telus dalam pelaporan 
mereka, perlu mengurangkan hutang yang berlebihan dan risiko yang tinggi
 dalam pengurusan syarikat.
"Antara pengajaran yang boleh dipelajari daripada pengalaman 1MDB ialah penggunaan hutang yang berlebihan harus dikurangkan.
"Pengambilan beberapa projek yang begitu besar dan kompleks di bawah 
satu syarikat sahaja juga mungkin perlu dilihat kembali," katanya dalam 
rancangan temu bual 'Business Plus' terbitan stesen televisyen Astro 
Awani pada Sabtu.
Beliau berkata, syarikat milik kerajaan seperti 1MDB harus berkomunikasi
 secara berterusan, telus dan terbuka serta perlu menjawab isu yang 
berkaitan dari awal lagi, iaitu sejak tahun 2009, bukannya mulai 2015.
"Ini adalah apa yang kita boleh pelajari daripada apa yang telah berlaku
 pada 1MDB. Insyallah, dengan pengajaran tersebut, kami semua dapat mara
 ke hadapan," katanya.
Arul Kanda berkata, penjualan Edra Global Energy Bhd telah berjaya 
mengurangkan hutang 1MDB dan ia turut mempunyai lebihan tunai sebanyak 
RM2.3 bilion untuk meneruskan aktiviti berkaitan infrastruktur Tun Razak
 Exchange (TRX) dan membayar faedah untuk hutangnya yang lain.
Katanya, separuh daripada hutang 1MDB adalah dalam bentuk dolar AS dan 
jumlah hutang tersebut berubah mengikut kadar tukaran ringgit berbanding
 mata wang tersebut.
Beliau turut memetik laporan Moody's Investors Service baru-baru ini 
bahawa 1MDB tidak pernah menjadi isu sistemik kepada ekonomi negara.
"Selepas penjualan Edra Global Energy Bhd, isu tersebut semakin berkurangan.
"1MDB hanyalah sebuah syarikat yang mengalami masalah perniagaan, yang 
telah dipolitikkan, tetapi ia telah mengambil langkah rasionalisasi 
untuk mengurangkan beban hutang dan mara ke hadapan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment