 
 Monday, March 28, 2016
Pendekatan Populis Jalanan Tidak Selesaikan Masalah Negara – Annuar Musa
KLUANG : Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata 
usaha menukar kepimpinan kerajaan sedia ada melalui pendekatan populis 
jalanan tidak akan menyelesaikan masalah negara.
Sebaliknya, ia akan menyebabkan rakyat berpecah-belah kerana tiadanya
 rasa bersatu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan 
Berkelompok Umno Cawangan – Cawangan Peringkat Bahagian Kluang di Dewan 
Kampung Melayu di sini, hari ini.
“Kita ada sistem (menukar kerajaan) dan sistem itu telah pun diuji 
dalam sejarah. Kenapa perlu mengambil pendekatan populis jalanan yang 
sebenarnya hanya mengundang bahaya?,” katanya.
 
 
Beliau
 mengulas tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad 
yang bersekongkol dengan pembangkang menerusi ‘Deklarasi Mahathir’ untuk
 menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya sebarang ketidakpuasan hati haruslah disalurkan secara 
berhemah tanpa menggadaikan kestabilan negara yang menjadi paksi 
pembangunan Malaysia.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh bersyukur kerana rakyat 
memahami keadaan politik negara dan tidak terpengaruh dengan usaha Dr 
Mahathir.
“…kita kena menghargai demokrasi, janganlah kita terbawa-bawa sentimen individu yang memang bermasalah,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment