 
 Monday, March 28, 2016
Pemuda UMNO Kecam Keganasan Di Lahore
KUALA LUMPUR : Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO 
Malaysia hari ini mengecam dan mengutuk insiden pengeboman di Bandaraya 
Lahore  yang telah mengorbankan lebih daripada 65 orang dan mencederakan
 lebih daripada 300 orang pada hari sambutan Easter.
Pengerusinya, Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan berkata tindakan yang 
mensasarkan penganut agama Kristian ini adalah salah dan amat tidak 
bertanggung-jawab .
 
 
“Kami
 amat memandang serius dan bimbang dengan perkembangan semasa terhadap 
tindakan terrorisma di beberapa negara sejak kebelakangan ini.
“Secara konsisten, kami mengecam segala bentuk tindakan dan perbuatan
 terrorisma dan extremisma yang dilakukan oleh pihak yang tidak 
bertanggungjawab di seluruh dunia,” ujarnya yang juga Presiden Aman 
Malaysia.
Sekurang-kurangnya 65 maut manakala beratus lagi cedera yang 
kebanyakannya adalah kanak-kanak apabila pengebom berani mati meletupkan
 dirinya di sebuah taman riadah yang dipenuhi orang ramai di ibu negara 
Lahore.
Lokasi itu menjadi tumpuan orang ramai khusunya penganut Kristian yang meraikan sambutan Hari Easter pada hujung minggu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment