Monday, March 28, 2016
Himpunan ‘Tumbang Najib’ Di Pandan Bertukar Menjadi Tragedi Ngeri
Apa tidaknya, program Muafakat Selamatkan Malaysia yang berlangsung 
pada malam Isnin, 28 Mac di kawasan parlimen Setiausaha Agung PKR itu 
amat menyedihkan kerana hanya mampu menarik minat kira-kira 200 hadirin 
sahaja.
Walaupun penganjur melewatkan acara daripada jam 8.00 malam kepada 9.15 
malam, namun kumpulan ‘Anti-Najib’ ini masih tidak mampu mengumpul 
kumpulan sasaran untuk menyokong menifestasi mereka.
Jika dilihat daripada senario yang berlaku pada malam ini di Padang 
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, hampir pasti ia 
memberi petanda bahawa Rafizi akan di tolak di Parlimen Pandan pada 
pilihan raya akan datang.
Kehadiran hanya kira-kira 200 orang ini bukan disebabkan faktor cuaca 
atau persekitaran yang tidak strategik, namun ia lebih menjurus kepada 
perasaan rakyat yang sudah berasa mual dengan wakil rakyat yang popular 
dengan panggilan ‘sotong’ tersebut.
Disamping itu, rakyat juga sudah muak dengan siri penipuan dan ‘cakap 
tak serupa bikin’ daripada Dr Mahathir yang hanya ‘bernafsu’ mahu 
menjatuhkan Perdana Menteri, tetapi tidak menunjukkan minat untuk 
membantu rakyat dalam kesusahan.
Pastinya kumpulan ‘Anti-Najib’ tidak boleh menafikan lagi mengenai hakikat penolakan rakyat di Pandan terhadap mereka.
Sudah jelas terpapar di Padang MPAJ sendiri, sokongan rakyat terhadap Rafizi hampir ke titik noktah terakhirnya.
 Mana orang sudah pergi ni....Malunya aku sedangkan ini kawasan aku.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 




 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment